%X Pendidikan Moral (PM) merupakan mata pelajaran teras untuk pelajar bukan beragama Islam di Malaysia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek diperlukan bagi merealisasikan perkembangan pelajar secara holistik. Transformasi sistem pendidikan berhasrat melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai murni sejagat. Kajian bertujuan untuk menilai transaksi dan hasil pelaksanaan kurikulum PM dan meneroka kesepadanan antara transaksi dan hasil yang dicadangkan dengan transaksi dan hasil yang diperhatikan. Model Penilaian Stake digunakan sebagai panduan menjalankan penilaian dan mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian kes digunakan untuk meneroka dan memahami fenomena yang berlaku berdasarkan perspektif peserta kajian. Seramai lapan orang guru PM berpengalaman dan 16 orang pelajar PM sebagai informan. Triangulasi data dilakukan untuk memperkukuh data yang diperoleh. Data transaksi dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.5.12. Analisis data hasil adalah berpandukan pada aras-aras domain afektif mengikut taksonomi Krathwohl iaitu penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan berdasarkan nilai moral. Dapatan transaksi menunjukkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) PM yang efektif dan bermanfaat mencakupi implementasi dalam aspek kaedah, strategi, pendekatan, pemupukan kemahiran, bahan bantu mengajar dan penglibatan pelajar. Penilaian transaksi yang dicadangkan adalah sepadan dengan transaksi yang diperhatikan bermaksud aktiviti pembelajaran dalam HSP dapat diaplikasi dalam situasi pembelajaran sebenar menerusi PdP PM. Penilaian hasil mendedahkan pada aras penerimaan dan tindak balas, nilai-nilai murni yang dipelajari sanggup diterima dengan mudah oleh pelajar dan pelajar berupaya memberi tindak balas terhadap nilai-nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, pada aras menilai, organisasi dan perwatakan aplikasi dan penerapan nilai-nilai yang dipelajari semakin sukar dilakukan pelajar. Penilaian kesepadanan menunjukkan hasil pembelajaran yang dicadangkan sepadan dengan hasil yang diperhatikan berdasarkan aras-aras domain afektif taksonomi Krathwohl. Dapatan kajian ini diharapkan menambahbaik PdP PM yang lebih berkesan dan memberi maklum balas bermanfaat kepada pembuat dasar pendidikan negara khususnya dalam kurikulum PM. %K penilaian, transaksi, hasil, kurikulum pendidikan moral %A Sainah. Limbasan %T Penilaian transaksi dan hasil pelaksanaan kurikulum pendidikan moral bagi sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu dan Tuaran, Sabah %I Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, Kota Kinabalu Sabah %L iab_repo1169