@article{iab_repo117, year = {2009}, title = {KEPIMPINAN PENGAJARAN DAN PERKONGSIAN WAWASAN: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR }, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, pages = {53--65}, author = {Salleh Nor Asikin }, journal = {Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009}, month = {July}, keywords = {sekolah berkesan, kepimpinan pengajaran, wawasan, SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR, sekolah tidak berkesan, }, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/117/}, abstract = {Terdapat banyak kajian bersaiz besar dalam bidang keberkesanan sekolah yang dilaksanakan di luar negara seperti di Amerika dan Eropah. Kajian-kajian yang dilakukan di Barat telah memberikan konsep sekolah berkesan sebagai sekolah yang meningkatkan pencapaian akademiknya secara keseluruhan. Sebagai sebahagian usaha menjadikan sekolah-sekolah di negara ini lebih berkesan, adalah perlu faktor-faktor yang terdapat di sekolah-sekolah berkesan di negara ini dikaji secara mendalam. Seterusnya, perbandingan di antara sekolah yang berkesan dan tidak berkesan ini akan memberi gambaran tentang faktor apakah yang sebenarnya menjadikan sesebuah sekolah itu cemeriang atau berkesan. Kaedah kajian yang telah digunakan dalam kajian kes ini {\'i}alah melalui temu bual berstruktur, pemerhatian terus dan juga meliputi pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dijalankan sendiri oleh penyelidik. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada dua buah sekolah yang berkesan dan dua buah sekolah yang kurang berkesan di luar bandar. Dua aspek utama yang dikaji dalam kajian ini ialah kepimpinan pengajaran dan wawasan yang dikongsi bersama. Hasil daripada data yang dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian dan panelitian dokumen-dokumen dan rekod di sekolah-sekolah berkesan yang menjadi sampel kajian ini adalah jelas diperhatikan bahawa sekolah-sekolah kebangsaan yang berkesan mengamalkan kepimpinan pengajaran dan wawasan sekolah yang dikongsi bersama. Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian-kajian terdahulu yang menyatakan bahawa faktor kepimpinan pengajaran serta wawasan sekolah yang dikongsi merupakan antara faktor utama yang terdapat di sekolah-sekolah berkesan. Oleh itu adalah wajar bagi setiap pihak yang terlibat menerajui sekolah berusaha mewujudkan ciri sebegini supaya keberkesanan dan selanjutnya keperkasaan sekolah-sekolah kebangsaan kita dapat dipertingkatkan.} }