%0 Generic %A Suprammaniam, S Sathiyabama. %F iab_repo:1172 %I Institut Kepimpinan Pendidikan, Universiti Malaya Kuala Lumpur %K Bakat Kepimpinan, Kepimpinan, Hala Tuju Sekolah %T Model hubungan bakat kepimpinan dengan kepimpinan dan hala tuju sekolah Graduan Program Kelayakan Profesional Kebangsaan Bagi Pemimpin Pendidikan (NPQEL) %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1172/ %X Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 telah memberi penekanan terhadap pelantikan pengetua atau guru besar di mana pelantikannya tidak lagi berasaskan kepada tempoh perkhidmatan. Bagi memastikan pemimpin sekolah yang dilantik mempunyai bakat kepimpinan yang baik, mereka didedahkan dengan latihan dan program pembangunan profesional yang dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Pemimpin Pendidikan (NPQEL). Graduan program NPQEL yang berjaya menamatkan kursus wajib ini sepatutnya mampu menerajui kepimpinan dan hala tuju sekolah kerana pendedahan program adalah secara blended learning berasaskan kepada kompetensi yang perlu dimiliki oleh pemimpin sekolah. Kepimpinan dan hala tuju merupakan salah satu standard yang digunakan oleh Jemaah Nazir Sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Kajian lepas hanya melihat pada keberkesanan program NPQEL dan bukannya pada tahap bakat kepimpinan graduan ini. Sehubungan itu, kajian tinjauan berbentuk kuantitatif digunakan untuk mengenal pasti tahap bakat kepimpinan graduan NPQEL selaras dengan kepimpinan dan hala tuju sekolah. Seramai 363 pemimpin sekolah yang telah tamat kursus ini dan sedang berkhidmat dalam pentadbiran sekolah melebihi dua tahun dipilih sebagai peserta kajian. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan graduan NPQEL mempunyai tahap kepimpinan dan hala tuju sekolah dan tahap bakat kepimpinan yang tinggi manakala keputusan analisis inferensi yang menggunakan ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara bakat kepimpinan dan kepimpinan dan hala tuju sekolah. Keputusan ujian Regresi stepwise dilaksanakan untuk melihat dimensi bakat kepimpinan yang paling dominan terhadap kepimpinan dan hala tuju sekolah dan didapati bahawa dimensi hubungan menyumbangkan kepada varians kepimpinan dan hala tuju sekolah sebanyak 72.0%. Hasil analisis Ujian t pula menunjukkan kategori sekolah sahaja berbeza secara signifikan dalam skor kepimpinan dan hala tuju sekolah dan skor bakat kepimpinan. Dapatan secara spesifik menunjukkan bahawa graduan NPQEL sekolah rendah mempunyai skor min bakat kepimpinan dan skor min kepimpinan dan hala tuju sekolah yang lebih tinggi berbanding graduan NPQEL sekolah menengah. Akhirnya, model yang dicadangkan dibuktikan sah untuk populasi kajian dengan menggunakan analisis Model Persamaan Struktural (SEM).