%T Amalan kepimpinan teknologi Pengetua Sekolah Menengah di Malaysia. %L iab_repo1173 %A Noraini. Abdullah %X Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan teknologi pengetua Sekolah Menengah di Malaysia dari aspek visi dan kepimpinan; pengajaran dan pembelajaran; amalan profesional dan produktiviti; kelengkapan infrastruktur dan; sokongan, pengurusan dan pengendalian ICT berdasarkan tempoh menjawat jawatan pengetua, lokasi sekolah, jantina dan latihan profesional. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengetua dalam mengamalkan kepimpinan teknologi dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut di sekolah. Kajian menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam meneliti lima aspek kepimpinan teknologi pengetua. Data kuantitatif diperoleh daripada Soal Selidik Penilaian Kepimpinan Teknologi Pentadbir yang ditadbirkan kepada 334 orang pengetua dari lima zon yang berbeza di Malaysia. Data kualitatif pula diperoleh melalui temu bual enam orang pengetua dan enam orang guru. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif, ujian inferensi MANOVA dan ANOVA sehala dengan menggunakan perisian SPSS versi 17. Data kualitatif digunakan untuk meneroka secara terperinci amalan kepimpinan teknologi dan mencungkil masalah yang dihadapi dan cara pengetua mengatasi masalah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan pengetua sekolah menengah di Malaysia mempunyai tahap amalan kepimpinan teknologi yang sangat tinggi. Tempoh menjawat jawatan sebagai pengetua, jantina dan latihan profesional yang dihadiri oleh pengetua mempengaruhi tahap amalan kepimpinan teknologi manakala lokasi sekolah tidak mempengaruhi tahap amalan kepimpinan teknologi. Masalah utama dalam mengamalkan kepimpinan teknologi di sekolah ialah isu kelengkapan infrastuktur dan capaian internet. Kajian ini mendapati pengetua dan guru bertindak secara profesional dalam menangani kedua-dua isu ini dengan memohon sumbangan kewangan daripada pelbagai pihak termasuklah PIBG, PPD, JPN, KPM, syarikat swasta, YB wakil rakyat dan komuniti setempat. Pengetua selaku pemimipin teknologi perlu meningkatkan capaian internet dan kelengkapan infrastruktur ICT di sekolah selain mengamalkan strategi-strategi tertentu yang boleh meningkatkan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru dan warga sekolah. %I Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor %K kepimpinan, teknologi, amalan profesional, infrastruktur, sokongan