TY - JOUR UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/118/ ID - iab_repo118 SN - 983-9479-17-2 EP - 78 A1 - Mohd Anuar, Abdul Rahman A1 - Lokman, Mohd Tahir A1 - M. Al-Muzammil, Mohd Yasin PB - Institut Aminuddin Baki N2 - Kerja berpasukan merupakan pendekatan pengurusan organisasi pada masa kini. Melalui kerja berpasukan, penglibatan serta komitmen guru secara optimum dapat dipertingkatkan dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kajian ini secara umumnya cuba mengkaji implikasi kerja berpasukan dengan menggunakan soal selidik Teamwork KSAs Stevens (1993.) Soal selidik kepuasan kerja oleh Stone, Mowday dan Porter (1977), komitmen oleh Mowday (1979), keeratan oleh Zaccaro (1980) dan prestasi kerja oleh Hadi (1996). Sampel kajian ini adalah 384 orang ketua panitia di sekolah menengah bagi meneliti kepimpinan kerja berpasukan iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran sebagai pengurus pertengahan di sekolah dan komitmen Ketua Panitia sebagai ahli pasukan. Dapatan kajian menunjukan terdapat hubungan yang kuat antara kepimpinan kerja berpasukan Guru Kanan dengan kepuasan kerja, keeratan dan komitmen, manakala hubungan yang sederhana kuat dengan prestasi berdasarkan kepada analisis peramal, kajian ini mencadangkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran, supaya memberi perhatian kepada elemen penyelesaian konfiik, penyelesaian masalah secara kolaboratif dan penyaluran komunikasi bagi menjamin kepuasan kerja Ketua Panitia. Elemen penyelesaian masalah secara kolaboratif, penetapan matlamat dan pengurusan prestasi bagi keeratan Ketua Panitia. Elemen penyelesaian masalah secara kolaboratif, penetapan matlamat dan pengurusan prestasi serta perancangan dan penyelarasan tugas bagi komitmen Ketua Panitia. Hanya elemen penetapan matlamat dan pengurusan prestasi sahaja untuk meningkatkan prestasi Ketua Panitia. Y1 - 2009/07/21/ SP - 66 KW - pengurusan organisasi KW - kerja berpasukan KW - kepimpinan berkesan KW - komitmen berpasukan AV - public TI - PENGURUSAN PERTENGAHAN: PERAMAL KEPEMIMPINAN KERJA BERPASUKAN GURU KANAN MATA PELAJARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA, KEERATAN, KOMITMEN DAN PRESTASI KETUA PANITIA JF - Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009 ER -