relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1180/ title: Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti dan pilihan kerjaya pelajar Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia creator: Abdul Rahim, Rohana. subject: L Education (General) description: Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran employabiliti telah dikenal pasti ada hubungan dengan pilihan kerjaya. Kajian dijalankan berdasarkan kepentingan semua pembolehubah seiring dengan matlamat Pendidikan Vokasional Pertanian untuk menghasilkan tenaga kerja mahir berkualiti yang diperlukan dalam kerjaya di bidang pertanian. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti dan pilihan kerjaya pelajar Pendidikan Vokasional Pertanian. Hubungan profil pelajar dengan semua pembolehubah tersebut juga dikaji dan seterusnya kajian ini dapat mengenal pasti faktor yang paling mempengaruhi pilihan kerjaya pelajar. Kaedah tinjauan (survey) digunakan, melibatkan 393 responden yang mempelajari elektif MPV Teknotani di sekolah menengah seluruh Semenanjung. Persampelan menggunakan kaedah rawak berlapis. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Keputusan menunjukkan majoriti pelajar memilih kerjaya di bidang bukan pertanian. Pelajar mempunyai jenis minat kerjaya yang pelbagai. Jumlah pelajar yang mempunyai tahap efikasi kendiri tinggi dan sederhana adalah lebih kurang sama. Majoriti pelajar mempunyai tahap kemahiran employabiliti yang sederhana. Kajian mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan di antara pilihan kerjaya dengan minat kejaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran employabiliti. Pilihan kerjaya yang dibuat oleh pelajar paling dipengaruhi oleh jumlah mereka mendapat maklumat tentang kerjaya tersebut. Kajian ini mencadangkan supaya guru-guru, pentadbir sekolah, ibu bapa serta orang awam dapat menyumbang maklumat kerjaya dan memainkan peranan masingmasing untuk mempertingkatkan pelajar bagi memilih kerjaya di bidang pertanian. publisher: Universiti Putra Malaysia type: Other type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1180/1/Dr%20Rohana%20abstrak%20tesis%20PHD%202010%20.pdf identifier: Abdul Rahim, Rohana. Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti dan pilihan kerjaya pelajar Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia. Universiti Putra Malaysia.