relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1184/ title: Pembangunan dan penilaian kursus NPQH secara atas talian menggunakan CMS terbuka Moodle creator: Ibrahim, Sham subject: L Education (General) description: Kajian ini bertujuan melihat penggunaan kursus NPQH secara atas talian dalam kalangan bakal pengurus dan pemimpin sekolah. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pertama adalah membangunkan kursus NPQH secara atas talian dan fasa kedua menilai kursus NPQH secara atas talian yang telah dibangunkan terhadap peserta kursus NPQH (National Profesional Qualification for Headship) yang bakal menjadi pengurus dan pemimpin sekolah pada masa akan datang. Dalam penyelidikan ini, proses mereka bentuk melibatkan aspek membangunkan kursus NPQH secara atas talian dengan menggunakan perisian terbuka Moodle. Manakala fasa kedua memfokuskan kepada aspek penilaian kandungan e-pembelajaran, tahap pengetahuan, kekerapan penggunaan, tahap kemahiran dan tahap kognitif dalam kalangan bakal pengurus dan pemimpin sekolah terhadap kursus NPQH secara atas talian yang dibangunkan. Penyelidikan ini ingin memberikan pendedahan kandungan program latihan NPQH secara atas talian kepada bakal pengurus dan pemimpin sekolah yang telah terpilih mengikuti kursus jangka panjang di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk melihat dapatan hasil kajian yang dijalankan. Seramai 120 responden yang terdiri daripada peserta kursus NPQH (National Profesional Qualification for Headship) terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data dibuat melalui borang soal selidik. Pemprosesan data dibuat dengan menggunakan Program SPSS versi 16.0. Penganalisaan data menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Penganalisaan menggunakan kaedah deskriptif untuk mendapatkan frekuensi, peratusan,dan min. Penganalisaan menggunakan kaedah inferensi bukan parametrik untuk ujian seperti berikut: i) Khi-Square, Mann-Whitney U, Wilcoxon, dan Kruskall Wallace. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai minat yang tinggi melebihi min 45.50 untuk capaian kursus NPQH secara atas talian yang telah dibangunkan. Dapatan kajian juga menunjukkan nilai min yang tinggi dari aspek pengetahuan min 42.27, kemahiran min 43.43, penggunaan min 42.87, kognitif min 43.77, pendaftaran min 45.48, isi kandungan min 45.50, interaktiviti min 45.50 dan forum min 45.50 yang dibangunkan dalam kursus NPQH secara atas talian. Secara keseluruhannya, pembangunan kursus NPQH secara atas talian dapat membantu pihak IAB membuat penambahbaikan perjalanan program latihan pengurusan dalam menyalurkan maklumat dan ilmu kepimpinan kepada semua pengurus dan pemimpin sekolah di negara ini di masa akan datang. The purpose of this study is to investigate the use of NPQH course online among school heads in educational management and educational leadership. The study was conducted in two phases. The first was to develop NPQH course online using open source software, Moodle. This phase emphasized on the processes involved in designing and developing the NPQH course online. The content of the NPQH course online is modules on the National Professional Qualification for Headship (NPQH) programme. The second phase of the study is the evaluation of e-Headship. The elements evaluated are the NPQH course online content, and the participants’ knowledge, usage, skills and cognitive level. The participants involved were those who were trained as future heads of schools in Malaysia. They were all trained at Institut Aminudin Baki (IAB), an institute for training school administrators. Using survey study design, the study analyzed participants’ respond towards the usage of NPQH course online. The sample of the study comprised of 120 school heads from one cohort. Analysis of data was done based on the nonparametric approach. The researchers had designed and developed various instruments (which are represented in the form of surveys) for measuring effectiveness of NPQH course online based on the participants’ knowledge, usage, skills and cognitive level. Findings indicate that participants reaction satisfactory using Moodle design and the participants also interested min 45.50 to access the NPQH course online. Finding also indicate that the participants achieve high score mean for the knowledge min 42.27, skill min 43.43, usage min 42.87, cognitive mean 43.77, registration mean 45.48, content mean 45.50, interactivity mean 45.50 and forum mean 45.50. Generally, the findings of the research showed that the use of NPQH course online based in the participants’ knowledge, usage, skills and cognitive level is significantly more effective as compared to the use of conventional teaching and learning method. It is hoped that the use of such NPQH course online will help IAB in designing and developing better trainning programmes that could benefit the participants at large in future. publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia type: Other type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1184/1/DR%20SHAM%20ABSTRAK.pdf identifier: Ibrahim, Sham Pembangunan dan penilaian kursus NPQH secara atas talian menggunakan CMS terbuka Moodle. Universiti Kebangsaan Malaysia.