TY - GEN TI - Penilaian pencapaian matlamat Program Pembudayaan Keusahawanan (PPK) di Politeknik Malaysia AV - public KW - penilaian program KW - keusahawanan KW - pencapaian matlamat program N2 - Matlamat utama program keusahawanan adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman keusahawanan. Program Pembudayaan Keusahawanan (PPK) merupakan sebuah program keusahawanan bertujuan untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk menilai pencapaian matlamat PPK di politeknik. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Program Berasaskan Objektif Hammond (1973) berfokus kepada tiga dimensi utama iaitu dimensi institusi, dimensi pengajaran dan dimensi pencapaian tingkah laku keusahawanan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok dan rawak berstrata bagi memilih sampel kajian yang terdiri daripada 384 pelajar, 94 pegawai pelaksana dan seramai 20 peserta temu bual dari sebelas buah politeknik. Kutipan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik, ujian asas pengetahuan keusahawanan dan temu bual. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengukur tahap ketiga-tiga dimensi. Statistik inferensi MANOVA telah digunakan untuk menguji perbezaan tahap pencapaian tingkah laku keusahawanan mengikut faktor demografi. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur hubungan antara ketiga-tiga dimensi yang bertaburan normal. Analisis regresi berganda stepwise telah digunakan untuk mengenal pasti faktor penyumbang kepada pencapaian tingkah laku keusahawanan pelajar. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah tematik dan koding. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian terhadap dimensi institusi, dimensi pengajaran dan dimensi pencapaian tingkah laku keusahawanan adalah pada tahap sederhana tinggi. Analisis MANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian tingkah laku keusahawanan pelajar berdasarkan aspek pengalaman berniaga pelajar. Ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga dimensi. Analisis regresi berganda stepwise melaporkan pelajar, pelaksana, keluarga dan persekitaran luar, kaedah, konten, kemudahan sumber dan pengalaman berniaga merupakan penyumbang kepada pencapaian tingkah laku keusahawanan pelajar. Faktor halangan berpunca daripada faktor pelajar, pelaksana, pentadbir dan kemudahan sumber. Kajian ini telah membuktikan bahawa PPK telah berjaya mencapai sebahagian matlamat tingkah laku keusahawanan pelajar dan mencadangkan agar program ini perlu diteruskan ke seluruh politeknik di Malaysia. PB - Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia A1 - Nasrudin, Norfadhilah UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1188/ ID - iab_repo1188 ER -