%0 Journal Article %@ 983-9479-17-2 %A Hamidah , Yusof %A Institut Aminuddin Baki, %D 2009 %F iab_repo:119 %I Institut Aminuddin Baki %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009 %K guru besar, ciri-ciri keusahawanan, mentadbir, kreativiti dan inovasi %P 79-88 %T GURU BESAR DAN CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN %U http://eprints.iab.edu.my/v2/119/ %X Guru Besar adalah peneraju dan penentu kejayaan sesebuah sekolah rendah dalam semua aspek. Tugas dan tanggungjawabnya amat besar dalam memastikan guru menjalankan tugas mendidik dengan baiknya dan memastikan murid dapat belajar dengan jayanya. Di samping itu, seseorang guru besar juga perlu memastikan aspek fizikal sekolah sentiasa kemas, bersih, selamat dan mencukupi. Tugas dan tanggungjawab yang mencabar ini memerlukan seorang individu yang bernama Guru Besar itu cemerlang dalam mentadbir sekolahnya. Oleh itu, Guru Besar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan adalah guru besar yang boleh mentadbir dengan jayanya kerana seorang usahawan selalunya mempunyai kreativiti dan inovasi yang tinggi, faham aspek-aspek seperti risiko dan persaingan, mampu merebut peluang dan seterusnya memberi peluang kepada orang lain terutamanya guru-guru dan murid di sekolahnya. Kajian ini cuba menganalisis kompetensi keusahawanan diri 106 Guru Besar yang telah dan sedang mengikuti program khas pensiswazahan guru di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dalam kajian ini, guru besar sebagai responden telah diberi soal selidik bagi mereka menilai kompetensi keusahawanan diri mereka sendiri. Sebanyak 13 nilai keusahawanan yang mengandungi 70 soalan telah diajukan kepada guru besar. Nilai keusahawanan itu ialah inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikkan mutu kerja yang tinggi, komitmen kepada perjanjian kerja, orientasi ke arah kecekapan, membuat perancangan yang sistematik, penyelesaian masalah, keyakinan diri, ketegasan, kemampuan menyakinkan orang lain dan kemampuan menggunakan strategi pengaruh. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri keusahawanan pada diri guru besar kebanyakannya amat sederhana dan lemah dalam ‘inisiatif’ dan ‘mencari maklumat’. Dicadangkan supaya pendidikan keusahawanan diselitkan dalam kursus persediaan bagi guru besar supaya mereka boleh menjadi usahawan sosial yang sentiasa mencari peluang dan seterusnya memberi peluang kepada guru dan murid di sekolah masing-masing.