<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . "Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap efikasi kolektif guru: amalan komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator"^^ . "Amalan kepimpinan instruksional, komuniti pembelajaran profesional dan efikasi kolektif guru adalah penting untuk menghasilkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap efikasi kolektif guru dan peranan komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator. Data bagi kajian tinjauan ini diperoleh daripada 368 orang guru yang dipilih secara rawak dari sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Kedah Darul Aman. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah Instrumen Amalan Kepimpinan Instruksional, IAB, KPM (2014) adalah instrumen yang diterjemahkan dari instrumen Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Hallinger (1984), Instrumen Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional, IAB, KPM (2013) yang diterjemah dari Instrumen Professional Learning Community Assessment-Revised (PLCA-R) Olivier, Antoine, Cormier, Lewis, Minckler dan Stadalis (2009) dan instrumen terjemahan Collective Efficacy Scale-Short Form oleh Anandan Kuppan (2010) daripada versi asal Goddard (2001). Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu analisis regresi berganda dan analisis regresi berganda berhierarki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua pada pandangan guru-guru, tahap efikasi kolektif dalam kalangan guru-guru dan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru- guru adalah pada tahap sederhana tinggi. Selain itu, hasil pengujian hipotesis mendapati terdapat pengaruh yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan efikasi kolektif guru; terdapat pengaruh yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan komuniti pembelajaran profesional guru; terdapat pengaruh yang signifikan antara komuniti pembelajaran profesional guru dengan efikasi kolektif guru dan terdapat pengaruh moderasi komuniti pembelajaran profesional guru yang signifikan terhadap hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dan efikasi kolektif guru di sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Kedah Darul Aman. Kesimpulannya, pemimpin sekolah harus mengamalkan kepimpinan instruksional dengan efektif, membangunkan kapasiti guru melalui komuniti pembelajaran profesional dan seterusnya dapat meningkatkan efikasi kolektif guru untuk menghasilkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025."^^ . . . "Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang"^^ . . . . . . . "Ekerim"^^ . "Din Chen"^^ . "Ekerim Din Chen"^^ . . . . . . "Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap efikasi kolektif guru: amalan komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator (PDF)"^^ . . . "EKERIM DIN CHEN_abstrak kajian for IAB_2021.pdf"^^ . . . "Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap efikasi kolektif guru: amalan komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator (Other)"^^ . . . . . . "indexcodes.txt"^^ . . "HTML Summary of #1195 \n\nPengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap efikasi kolektif guru: amalan komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . .