<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . "NOVEL-NOVEL FAISAL TEHRANI: KAJIAN INTERTEKSTUALITI DAN DAKWAH"^^ . "Kajian ini menganalisis novel-novel Faisal Tehrani dengan menggunakan teori intertekstualiti dan teori Pengakaedahan Melayu. Novel-novel tersebut terdiri daripada 1515, 1511H [Kombat], Tuhan Manusia, Manikam Kalbu, Sasatul Ibaad, dan Ta’ziyah Karbala. Analisis novel-novel tersebut akan menggunakan tiga prinsip dalam teori intertekstualiti iaitu transformasi, modifikasi, dan ekspansi dan pendekatan dakwah dalam teori Pengkaedahan Melayu. Penggunaan kedua-dua teori dibincangkan bersama dalam meneliti sumber yang dirujuk oleh pengarang untuk menyampaikan dakwah kepada khalayak.\r\nPermasalahan kajian yang bertolak daripada Faisal Tehrani sebagai seorang yang merujuk, mengkaji, dan menyelidik sumber-sumber untuk berdakwah dalam menghasilkan novel akan diteliti oleh pengkaji.\r\nObjektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hipogram, mengaplikasi teori intertekstualiti dan pengkaedahan Melayu, dan melihat kesesuaian penggunaan kedua-dua teori tersebut. Sumber-sumber hipogram dalam novel-novel Faisal Tehrani perlu dikenal pasti dengan dengan menggunakan teori intertekstualiti.\r\nKajian ini melaksanakan kajian berbentuk kualitatif dengan pendekatan menganalisis teks dan membuat triangulasi terhadap responden yang berkaitan dengan bahan kajian. Pengkaji menggunakan teori intertekstualiti dan pendekatan dakwah untuk mengulas bagaimana sumber yang dipetik dari luar digunakan dalam novel-novel yang dikaji.\r\nDapatan kajian menunjukkan Faisal Tehrani menulis dengan merujuk hipogram untuk berdakwah dengan menggunakan teori intertekstualiti dan pendekatan dakwah. Kesimpulannya, kedua-dua teori ini adalah sesuai dibincangkan terhadap novel-novel Faisal Tehrani untuk berdakwah menegakkan Islam Supremasi (Keunggulan Islam).\r\nCadangan penambahbaikan kajian ini boleh diperluas kepada kajian mendalam terhadap bentuk-bentuk dakwah yang boleh dijalankan untuk menarik lebih ramai membaca karya-karya yang bermutu. Kaedah pemilihan novel yang berkualiti dan memberi makna perlu dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan dan KPM perlu memperhalusi bentuk-bentuk bacaan sastera Melayu yang berkualiti untuk kebaikan pelajar-pelajar di sekolah."^^ . . . "AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA"^^ . . . . . . . "WAN ZALIHA"^^ . "WAN OTHMAN"^^ . "WAN ZALIHA WAN OTHMAN"^^ . . . . . . "NOVEL-NOVEL FAISAL TEHRANI: KAJIAN INTERTEKSTUALITI DAN DAKWAH (PDF)"^^ . . . "ABSTRAK KAJIAN DR WAN ZALIHA.pdf"^^ . . . "NOVEL-NOVEL FAISAL TEHRANI: KAJIAN INTERTEKSTUALITI DAN DAKWAH (Other)"^^ . . . . . . "indexcodes.txt"^^ . . "HTML Summary of #1197 \n\nNOVEL-NOVEL FAISAL TEHRANI: KAJIAN INTERTEKSTUALITI DAN DAKWAH\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . .