relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1207/ title: Gaya kepimpinan Guru Besar dan tahap efikasi guru creator: Baharin, Baharuzaini creator: Adnan, Muhammad Hisham creator: Mohd Zin, Mohd Hanif creator: Kamaludin, Mohd Norhisyam creator: Mansor, Azlin Norhaini subject: L Education (General) description: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti gaya kepimpinan Guru Besar dan tahap efikasi guru. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan tahap efikasi guru. Sampel kajian adalah seramai 31 orang guru dari sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Gua Musang, Kelantan. Terdapat lima gaya kepimpinan guru besar yang dikaji iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire, instruksional, dan transformasional. Instrumen kajian terdiri daripada 34 item yang diukur menggunakan skala likert lima mata. Tahap efikasi guru pula terdiri daripada tiga konstruk yang terdiri daripada 12 item keseluruhannya yang juga diukur menggunakan skala likert lima mata. Kajian ini menunjukkan gaya kepimpinan Guru Besar yang kerap diamalkan di sekolah tersebut ialah Gaya Kepimpinan Instruksional, manakala tahap efikasi guru juga berada pada tahap tinggi. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Kepimpinan Instruksional, Transformasional dan Demokratik dengan tahap efikasi guru. Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan kepada Guru Besar supaya lebih mengamalkan Gaya Kepimpinan Instruksional, Transformasional dan Demokratik di sekolah masing-masing manakala guru pula perlu meningkatkan lagi efikasi masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. Kepimpinan yang sesuai mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran yang diperibadikan mengikut keperluan pelajar. Kajian lanjut yang memfokus kepada bagaimana gaya kepimpinan Instruksional meningkatkan efikasi guru ke arah persekitaran pembelajaran diperibadikan amat wajar dijalankan. date: 2016 type: Article type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1207/1/38-332-1-PB.pdf identifier: Baharin, Baharuzaini and Adnan, Muhammad Hisham and Mohd Zin, Mohd Hanif and Kamaludin, Mohd Norhisyam and Mansor, Azlin Norhaini (2016) Gaya kepimpinan Guru Besar dan tahap efikasi guru. Journal of Personalized Learning. pp. 9-17.