eprintid: 1209 rev_number: 6 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/12/09 datestamp: 2022-08-04 00:12:02 lastmod: 2022-08-04 00:12:02 status_changed: 2022-08-04 00:12:02 type: article metadata_visibility: show creators_name: AGUS, AIN NUR ATIKA creators_id: ainnuratika13@gmail.com title: TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU DALAM MELAKSANAKAN PENDEKATAN TERBEZA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (The Level of Knowledge and Readiness Malay Language Teachers’ to Implementation Different Approach in Home Teaching and Learning during Movement Control Order) ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPD full_text_status: public abstract: Pendekatan terbeza merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mampu meningkatkan pencapaian dan pengetahuan murid. Akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, semua guru termasuk Bahasa Melayu tidak dapat melaksanakan PdP secara bersemuka dengan murid di sekolah. Oleh sebab itu, KPM telah membekalkan manual pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kepada semua guru supaya PdP tetap dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan terbeza dalam PdPR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan dengan penglibatan seramai 70 orang guru bahasa Melayu dari 10 buah sekolah menengah yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 20 orang guru Bahasa Melayu yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 20 item soal selidik menunjukkan nilai yang sangat tinggi, iaitu alpha Cronbach = 0.973. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi (min 3.82) dan bersedia untuk melaksanakan pendekatan terbeza dalam PdPR (min 3.96). Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu perlu untuk lebih bersedia dan sentiasa berusaha untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pengajaran mereka dalam PdPR sepanjang tempoh PKP. Kata kunci: Tahap pengetahuan, tahap kesediaan, guru Bahasa Melayu, pendekatan terbeza, pengajaran dan pembelajaran di rumah date: 2021-05 publication: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) pagerange: 75-87 refereed: FALSE citation: AGUS, AIN NUR ATIKA (2021) TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU DALAM MELAKSANAKAN PENDEKATAN TERBEZA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (The Level of Knowledge and Readiness Malay Language Teachers’ to Implementation Different Approach in Home Teaching and Learning during Movement Control Order). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ). pp. 75-87. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1209/1/258-496-1-SM.pdf