%K tugas kepimpinan, nilai dan etika, motivasi kecemerlangan %I Institut Aminuddin Baki %D 2009 %X Pemimpin institusi pendidikan melaksanakan tugas kepimpinan sebagai tunjang utama untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Tanggungjawab yang diterima itu seharusnya dipikul dengan penuh keikhlasan demi kejayaan institusi itu. Nilai ikhlas ini adalah nilai utama yang perlu diterapkan ke dalam diri pemimpin untuk melahirkan kepercayaan dan keyakinan staf bawahan dan bersedia untuk membina "teamwork" yang padu dan kuat. Pemimpin yang ikhlas akan sentiasa berinisiatif dan selalu melakukan usaha atau sesuatu sebelum diarah melakukannya dan menurunkan agihan kerja kepada setiap anggota bawahannya secara adil dan berdasarkan kebolehan mereka. Sebagai pemimpin yang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, ia akan menjadi contoh teladan kepada semua staf bawahan dan menjadi motivasi kecemerlangan untuk orang lain. Nilai ikhlas dalam diri pernimpin akan menggalakkan amalan nilai dan etika yang baik berterusan dalam institusi itu sendiri. Etika dalam Perkhidmatan diwujudkan sebagal garis panduan penjawat awam agar dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan institusi mereka dan semua pihak. Penilaian diri seorang pemimpin perlu bagi menghitung sejauh mana keikhlasan itu wujud di dalam diri kita. Penilaian diri ini tidak bermakna jika kita tidak menggaris atau merancang sesuatu pada awalnya. Ikhlas akan wujud di dalam did seseorang itu apabila ada kesedaran tentang etika kerja yang seharusnya dijadikan panduan. %A Arshad Zainal Abidin %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2090 %P 103-107 %T KEPIMPINAN CEMERLANG: SEGALANYA BERMULA DI SINI %L iab_repo122