TY - JOUR SP - 56 N2 - Kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja merupakan isu yang sering dibincangkan terutama dalam tempoh pandemik-19 ini. Akan tetapi, kepuasan kerja guru kurang dititikberatkan oleh pengetua di sesebuah sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan kerja guru Sekolah Tinggi Persendirian Cina di negeri Johor. Kajian ini sebagai usaha untuk menyumbangkan data tentang kepimpinan transformasional pengetua di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Hal ini demikian kerana bilangan kajian berkaitan Sekolah Tinggi Persendirian Cina terhad. Reka bentuk kajian yang dijalankan secara tinjauan dan berbentuk kuantitatif. Kajian ini dijalankan di 9 buah Sekolah Tinggi Persendirian Cina negeri Johor dan sebanyak 305 orang responden melibatkan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik skala Likert lima bagi instrumen kajian ?Multifactor Leadership Questionnaire? (MLQ). Kajian ini menggunakan Statistical Packages for The Social Sciences (SPSS) version 22.0 dan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif untuk menentukan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala inferensi iaitu pekali kolerasi Pearson untuk menguji hipotesis. Keputusan ujian korelasi menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan pada tahap yang sangat kuat antara kepimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan kerja guru (r = 0.762, p < 0.05) di Sekolah Tinggi Persendirian Cina negeri Johor. Implikasi kajian ini dapat memberi kesedaran kepada Dong Zong untuk menyedari kepentingan kepimpinan transformasional pengetua di setiap sekolah swasta. Penyelidik berharap melibatkan Sekolah Tinggi Persendirian Cina negeri lain dan menjalankan kepimpinan yang berlainan pada masa yang akan datang. Kesimpulannya, kepimpinan transformasional merupakan kepimpinan yang berkesan di Sekolah Menengah Persendirian Cina negeri Johor. A1 - Gan, Cai Sia A1 - A. Hamid, Aida Hanim A1 - Othman, Norasmah UR - https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17459 EP - 69 JF - Jurnal Dunia Pendidikan KW - Kepimpinan transformasional KW - kepuasan kerja KW - pengetua KW - guru KW - sekolah tinggi persendirian cina ID - iab_repo1235 SN - 2682-826X Y1 - 2022/03/01/ AV - public TI - Hubungan kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru sekolah tinggi persendirian cina di negeri Johor ER -