@article{iab_repo125, journal = {Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009}, author = {Ahmad Jamil and Goolamally Norlia}, pages = {113--126}, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, title = {KRITERIA PEMILIHAN PEMIMPIN SEKOLAH: ANTARA REALITI DAN RETORIK}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/125/}, keywords = {pemilihan pemimpin, kepimpinan sekolah, kesepakatan bekerja, pengetahuan dan kemahiran, integriti}, abstract = {Hari ini krisis dalam kepimpinan terus berlaku sehingga menjadi kecelaruan pelbagai pihak yang terlibat dalam proses pemilihan pemimpin. Ini adalah kerana mereka yang diberi kuasa sebagai pemimpin yang terdiri daripada lelaki dan perempuan tidak dapat mendukung prinsip-prinsip kepimpinan yang sebenar. Kegagalan untuk mengecam inti pati kepimpinan yang sesuai untuk abad ini membuatkan pihak-pihak yang terlibat tidak dapat menentukan satu kata sepakat untuk meletakkan satu standard yang objektif bagi mengukur kepimpinan. Senario yang sama juga berlaku dalam pemilihan pengetua sekolah. Pengetua merupakan pemimpin, pentadbir dan pengurus yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam menentukan keberkesanan sesebuah sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah ke arah kecemerlangan. Bagi mendapatkan kualiti dalam pendidikan, kepimpinan perlu diwujudkan dan pengetua yang berpotensi perlu diberi keutamaan. Sesungguhnya sekolah yang berjaya, dipimpin oleh pengetua yang mempunyai karakter yang baik dan unggul serta sifat-sifat kepimpinan yang berkesan. Persoalan tentang pemilihan pengetua saring menjadi pokok perbincangan yang tiada kesudahan. Pelbagai mekanisme dirancang, pelbagai indikator digunakan dan pelbagai teknik dilaksanakan dalam memilih pengetua. Namun, isu berkaitan keberkesanan kepimpinan sekolah masih menjadi permasalahan dan saring diperdebatkan. Justeru, keseluruhan proses pemilihan pemimpin sekolah perlu dikaji semula untuk menjamin kualiti dan ketinggian mutu pendidikan negara agar ianya menjadi satu realiti bukan sebagai satu retorik. Pemilihan dan prosedur kenaikan pangkat pengetua sekolah perlu mengikut satu metode yang ditentusahkan. Pemilihan secara terus mengikut senioriti atau kekananan serta kompetensi tugas melalui penilaian kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang diamalkan masa kini adalah tidak begitu jelas kesesuaiannya dalam menentukan keberkesanan dan kecemerlangan sekolah. Banyak kajian menunjukkan bahawa selain daripada pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus, seorang pengetua seharusnya mempunyai kredibiliti dalam mengupayakan organisasinya. Kredibiliti bermaksud kualiti yang membolehkan seseorang pemimpin beroleh kepercayaan, kebergantungan serta keyakinan orang bawahan atau pengikutnya dan merupakan asas bagi pemimpin yang berkesan. Kualiti atau atribut utama bagi pemimpin yang kredibel adalah jujur, berpandangan ke hadapan, sumber inspirasi kepada individu dalam organisasi dan kompeten. Pemimpin yang kredibel bertindak dengan kualiti dan integriti. Melalui atribut-atribut seperti kejujuran, integriti, berpandangan ke hadapan, inspirasi dan kompeten, pemimpin yang kredibel ini berjaya memperoleh kepercayaan, sokongan dan kesepakatan bekerja daripada anggota organisasi, dengan itu dapat meningkatkan kesetiaan dan komitmen daripada pekerja. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan dari segi keperluan dan kerangka konseptual atribut kepimpinan pengetua yang berkesan dan mantap serta mekanisme yang lebih objektif yang boleh diguna pakai bagi pemilihan bakal-bakal pengetua yang akan menerajui kepimpinan sekolah agar ianya menjadi satu realiti dan bukan satu retortik.} }