eprintid: 1289 rev_number: 7 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/12/89 datestamp: 2022-10-19 00:09:56 lastmod: 2022-10-19 00:09:56 status_changed: 2022-10-19 00:09:56 type: article metadata_visibility: show creators_name: Abd Wahab, Nurlaili creators_name: Abdullah, Mohd Yusof title: Hubungan gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPS full_text_status: public keywords: Gaya kepimpinan, pengurusan kerja guru besar dan kepuasan kerja guru abstract: Gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar berkait rapat dengan kuasa yang dimiliki bagi mencapai misi dan visi sesebuah sekolah. Tujuan kajian ini adalah mengkaji gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru. Kajian memfokuskan mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Agama Kerajaan Johor di Daerah Johor Bahru. Tiga aspek yang dikaji iaitu gaya kepimpinan, pengurusan kerja dan kepuasan kerja guru. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah secara kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada 300 orang guru Sekolah Agama Kerajaan Johor di Daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social sciences (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisipan piawai dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan berada pada tahap tinggi pada ketiga-tiga gaya iaitu autokratik dan demokratik nilai min 3.88 dan lepas bebas nilai min sehingga 3.80. Dapatan kajian bagi pengurusan kerja juga berada pada tahap tinggi nilai min sehingga 3.85. Bagi tahap kepuasan kerja guru juga berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.85. Berdasarkan dapatan kajian tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan dan pengurusan kerja yang diamalkan guru besar di Sekolah Agama Kerajaan Johor di Daerah Johor Bahru. Kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru dengan nilai pekali kolerasi (r) bagi gaya kepimpinan autokratik 0.604, demokratik 0.527 dan lepas bebas 0.477. Bagi analisis nilai pekali kolerasi (r) pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru 0.689. Beberapa perbincangan dan cadangan telah diketengahkan bagi menguatkan lagi kemahiran dalam kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru khususnya di sekolah Agama kerajaan Johor di Daerah Johor Bahru. date: 2018 publication: Jurnal ILMI volume: 8 pagerange: 136-150 refereed: TRUE citation: Abd Wahab, Nurlaili and Abdullah, Mohd Yusof (2018) Hubungan gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal ILMI, 8. pp. 136-150. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1289/1/355-629-1-SM.pdf