relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1292/ title: Kesan motivati kerja ke atas sikap terhadap perubahan pemimpin sekolah creator: Ishak, Aribah creator: Chua, Yan Piaw creator: Md Zin, Zaharul Arifin subject: L Education (General) description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesan motivasi kerja ke atas sikap terhadap perubahan dalam kalangan pemimpin sekolah di Negeri Sembilan. Kaedah penyelidikan kuantitatif menggunakan reka bentuk bukan eksperimental melalui kajian tinjauan digunakan dalam proses pengumpulan data. Seramai 214 orang pemimpin sekolah yang terdiri daripada pengetua dan guru besar di Negeri Sembilan dipilih sebagai sampel kajian secara rawak bebas. Instrumentasi kajian yang digunakan ialah Motivation for Reading Questionaire dan The Inventory of Attitude Towards Change. Analisis data dilakukan secara deskriptif (min, sisihan piawai & nilai beta) menggunakan IBM Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) dan menggunakan PLS-SEM (Partial Least Squares-Structural Equation Modeling). Analisis inferensi dilakukan dengan menggunakan PLS-SEM (Partial Least Squares-Structural Equation Modeling). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap motivasi kerja adalah tinggi dan terdapat hubungan signifikan yang positif antara motivasi kerja dengan sikap terhadap perubahan. Kajian ini memberi implikasi bahawa pemboleh ubah sikap terhadap perubahan secara signifikan boleh diramal oleh pemboleh ubah motivasi kerja. Secara keseluruhannya, kajian ini menghasilkan satu model bagi menunjukkan sumbangan motivasi kerja ke atas sikap terhadap perubahan dalam kalangan pemimpin sekolah. date: 2022 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1292/1/2048-926-PB.pdf identifier: Ishak, Aribah and Chua, Yan Piaw and Md Zin, Zaharul Arifin (2022) Kesan motivati kerja ke atas sikap terhadap perubahan pemimpin sekolah. Educational Leader (Pemimpin Pendidikan), 10. pp. 30-47.