%0 Journal Article %@ 1511-4147 %A Wong, Shiat Lu %A Chiam, Sun May %D 2022 %F iab_repo:1302 %I Institut Aminuddin Baki %J Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan %K Pemimpin sekolah, backward design, pembangunan profesional, keunikan sekolah, komuniti %T Backward design: Satu pendekatan untuk pembangunan profesional pemimpin sekolah. %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1302/ %X Pemimpin berkesan ialah salah satu elemen penting untuk mencapai matlamat transformasi sekolah. Untuk mengoptimumkan keupayaan pemimpin sekolah, peluang mempraktikkan apa yang telah dipelajari daripada modul latihan program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah diperlukan. Memandangkan hasil pencapaian sekolah dapat menyakinkan komuniti untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah, maka satu pendekatan dikenali sebagai backward design telah diadaptasi oleh pengkaji sebagai model pembangunan profesional pemimpin sekolah. Walaubagaimanapun, kebolehlaksanaan dan kesesuaian pendekatan ini perlu diteliti. Maka, satu kajian kuantitatif dinamakan sebagai Kajian Persepsi Pemimpin Sekolah (KPPS) telah dilaksanakan melalui soal selidik untuk meninjau persepsi 225 orang pemimpin dari 82 buah sekolah daerah Kota Kinabalu tentang pelaksanaan program TS25. Soal selidik ini ditabdirkan melalui borang google untuk menguji tahap penerimaan pemimpin sekolah tentang pelaksanaan program TS25. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan diri dalam kalangan pemimpin sekolah yang dilaksanakan melalui perkongsian amalan terbaik. Di samping itu, kesediaan pemimpin sekolah melaksanakan perkongsian TS25 disasarkan kepada komuniti juga dikaji melalui soal selidik ini. Setelah ditentusahkan kebolehpercayaan instrumen KPPS, hasil analisis deskriptif menunjukkan pemimpin sekolah daerah Kota Kinabalu sangat bersetuju transformasi sekolah dilaksanakan mengikut konteks sekolah. Kebanyakan mereka juga bersetuju bahawa pelaksanaan perkongsian merupakan satu peluang pembelajaran yang praktikal dalam pembangunan profesional. Dapatan analisis juga menunjukkan perkongsian TS25 yang disasarkan kepada komuniti harus bermula daripada hasil pencapaian sekolah yang sedia ada. Maka, dapat disimpulkan bahawa pendekatan backward design sesuai dicadangkan sebagai satu pendekatan inovasi bagi pembangunan profesional pemimpin sekolah.