%0 Journal Article %@ 1511-4147 %A Quah, Cheng Sim %D 2022 %F iab_repo:1303 %I Institut Aminuddin Baki %J Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan %K Kirkpatrik, reaksi, prestasi, perubahan tingkahlaku, hasil pembelajaran %T Kajian keberkesanan kursus kemahiran perundingan dan konsultasi untuk Pemimpin Pendidikan dalam talian berdasarkan Model Kirkpatrick. %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1303/ %X Era pandemik telah menyebabkan kebanyakan institusi pendidikan terpaksa beralih kepada medium dalam talian untuk kelangsungan pendidikan. Persoalan berkaitan dengan aspek keberkesanan penggunaan medium tersebut menjadi persoalan. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan Kursus Kemahiran Perundingan dan Konsultasi Untuk Pemimpin Pendidikan (KKPKPP) secara dalam talian berdasarkan empat aras Model Kirkpatrik. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan 52 orang peserta daripada dua siri kursus. Instrumen soal selidik berskala berdasarkan IPGM (2021) dan soalan separa stuktur. Trangulasi juga dilakukan daripada soalan terbuka penilaian peserta kursus serta data daripada FUFT. Dapatan kajian menunjukkan kursus KKPKPP dalam talian telah berjaya mencapai keempat-empat aras keberkesanan model Kirkpatrik. Aspek yang paling tinggi dalam aras pertama adalah pengisian kursus manakala aras kedua adalah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap bidang tugas. Sumbangan yang paling kukuh dalam menghasilkan prestasi pembelajaran (aras kedua) adalah reaksi terhadap pengurusan. Manakala dalam aras ketiga, sumbangan yang paling kukuh untuk menjelaskan perubahan tingkah laku adalah reaksi terhadap kemudahan. Dapatan kajian menunjukkan wujud perubahan tingkahlaku dalam meningkatkan kemahiran melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Dalam aras keempat, peserta mampu meningkatkan kerjasama berpasukan dengan rakan sekerja dan reputasi organisasi. Kajian ini membuktikan wujudnya peningkatan kompetensi perundingan peserta yang mengikuti kursus KKPKPP dalam talian.