TY - JOUR KW - Kepemimpinan Teknologi KW - Teknologi Pengajaran KW - Komunikasi Teknologi KW - Pencapaian Teknologi AV - public TI - Pengaruh teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepimpinan teknologi Pengetua Sekolah Menengah di Sabah. JF - Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan ID - iab_repo1304 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1304/ SN - 1511-4147 A1 - Abdul Laja, Omar Y1 - 2022/08// N2 - Teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi adalah indikator yang mengupayakan kepemimpinan teknologi. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Sabah. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan keberangkalian berstrata, kluster dan rawak mudah. Sampel dalam kajian ini ditetapkan sebanyak 446 orang guru. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik. Dapatan kajian berdasarkan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Sabah berdasarkan jantina. Manakala, berdasarkan ujian ANOVA sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Sabah berdasarkan umur. Ujian Regresi Pelbagai pula menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Sabah. Analisis laluan SEM menunjukkan sumbangan teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi adalah sebanyak 40 peratus terhadap kepemimpinan teknologi pengetua. Justeru, kajian ini memberi implikasi terhadap peningkatan kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah khususnya di Sabah. PB - Institut Aminuddin Baki ER -