relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1306/ title: Perbandingan model kepimpinan instruksional: Persepsi barat dan Malaysia. creator: Samichan, Aziah creator: Yunus, Jamal @ Nordin creator: Awang, Marinah creator: Beram, Sukor subject: L Education (General) subject: LB Theory and practice of education subject: LC Special aspects of education description: Kepimpinan instruksional masih kekal relevan sungguhpun telah melebihi tiga dekad. Situasi ini dapat dibuktikan dengan kepelbagaian model kepimpinan instruksional hasil usaha sarjana barat dan juga tempatan. Di Malaysia, kepimpinan instruksional mendapat mandat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan menyarankan agar pemimpin sekolah bertindak sebagai pemimpin instruksional. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan dalam kalangan pemimpin instruksional tempatan menjadikan model-model kepimpinan instruksional acuan barat sebagai sumber rujukan utama walhal terdapat perbezaan khususnya aspek persekitaran dan budaya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membanding beza elemen-elemen yang terdapat dalam lima model kepimpinan instruksional barat dan empat model kepimpinan instruskional tempatan bermula tahun 2000 hingga kini menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil analisis literatur ini membuktikan wujud elemen-elemen yang perlu penambahbaikan teori berdasarkan amalan dalam konteks Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji merumuskan elemen-elemen utama yang perlu ada dalam sesebuah model kepimpinan instruksional. Hasil rumusan ini nanti akan dijadikan asas pertimbangan dalam pemilihan elemen bagi tujuan pembangunan model watan kepimpinan instruksional sekolah di Malaysia. date: 2021-10-12 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1306/1/Perbandingan%20model%20kepimpinan%20instruksional.pdf identifier: Samichan, Aziah and Yunus, Jamal @ Nordin and Awang, Marinah and Beram, Sukor (2021) Perbandingan model kepimpinan instruksional: Persepsi barat dan Malaysia. Management Research Journal, 10. pp. 94-105.