<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . "Penilaian Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) \r\ndi Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia."^^ . "Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang menekankan pendekatan Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik telah dilaksanakan mulai tahun 2014 di sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun hasil laporan penarafan pelaksanaan TMUA tahun 2017 menunjukkan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya antaranya keciciran hafazan terkumpul. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan program TMUA berasaskan Model Penilaian Context-Input-Process-Product (CIPP) dan menentukan perbezaan dimensi proses dan produk berdasarkan faktor demografi dalam kalangan murid dan guru. Di samping itu, kajian ini turut bertujuan menentukan pengaruh berdasarkan aspek kemudahan pembelajaran, teknik Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan kaedah penilaian terhadap produk serta mengenal pasti masalah dan cadangan penambahbaikan dalam pelaksanaan program TMUA. Kaedah Mixed Method Research (MMR) menggunakan tinjauan soal selidik yang terdiri daripada sampel murid dan guru. Kajian yang menggunakan instrumen soal selidik ini melibatkan sampel seramai 302 orang murid dan sampel seramai 144 orang guru. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (min, sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian t, ANOVA, MANOVA, regresi). Data kualitatif pula diperoleh melalui temu bual terhadap 12 orang murid dan 11 orang guru dan dianalisis mengikut tema. Dapatan deskriptif menunjukkan aspek konteks, input dan proses berada pada tahap tinggi dan sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan berdasarkan faktor demografi dalam kalangan murid dan guru terhadap aspek konteks, input, proses serta produk dalam pelaksanaan program TMUA. Selain itu, kajian mendapati tiga pemboleh ubah secara signifikan mempengaruhi aspek-aspek di dalam dimensi produk. Hasil temu bual mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang pelaksanaan program TMUA seperti pengurusan masa, kemudahan yang tidak lengkap dan kompetensi guru serta beberapa cadangan penambahbaikan seperti sokongan pihak sekolah, pelaksanaan LDP secara konsisten terhadap guru dan intervensi murid. Oleh yang demikian, kajian ini memberikan implikasi bahawa kemudahan pembelajaran, teknik PdPc dan kaedah penilaian memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan program TMUA."^^ . . . "Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia 06000 Sintok, Kedah, Malaysia."^^ . . . . . . . "Muhd Zulhilmi."^^ . "Haron"^^ . "Muhd Zulhilmi. Haron"^^ . . . . . . "Penilaian Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) \r\ndi Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. (PDF)"^^ . . . "abstrak kedoktoran_DMZH IABCU.pdf"^^ . . . "Penilaian Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) \r\ndi Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. (Other)"^^ . . . . . . "indexcodes.txt"^^ . . "HTML Summary of #1316 \n\nPenilaian Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) \ndi Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia.\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . .