relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1317/ title: Hubungan antara ciri penilaian prestasi dengan keberkesanan penilaian prestasi: peranan keadilan penilaian sebagai perantara dan kepimpinan autentik sebagai penyederhana. creator: Ishak, Mohd Nadzri. subject: H Social Sciences (General) description: Kajian ini bertujuan untuk menyelidik hubungan antara ciri-ciri penilaian prestasi dengan keberkesanan penilaian pretasi dan keadilan penilaian sebagai pemboleh ubah perantara. Kajian juga menyelidik peranan kepimpinan autentik sebagai pemboleh ubah penyederhana dalam hubungan antara keadilan penilaian dengan keberkesanan penilaian prestasi. Ciri-ciri penilaian prestasi yang merupakan pemboleh ubah tidak bersandar merangkumi tujuan penilaian, maklum balas penilaian, kejelasan kriteria, penyertaan pekerja dan hubungan interpersonal. Manakala pemboleh ubah bersandar adalah konstruk keberkesanan penilaian prestasi yang dibentuk daripada dimensi kepuasan penilaian dan dimensi motivasi untuk meningkatkan prestasi. Sebanyak tujuh belas hipotesis telah dibentuk berdasarkan kerangka kajian. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan bersifat keratan rentas. Populasi kajian melibatkan guru-guru sekolah menengah harian biasa yang bertugas di bawah KPM seluruh Malaysia. Responden kajian ditentukan secara rawak mudah dan sebanyak 500 soal selidik telah dihantar. 292 responden telah memberikan maklum balas namun 284 (56.8%) sahaja sesuai digunakan bagi tujuan analisis. Analisis dilaksanakan menggunakan SPSS versi 23 bagi analisis deskriptif sementara Smart-PLS versi 3.2.9 bagi membuat pengujian hipotesis. Hasil analisis mendapati dua belas hipotesis diterima manakala lima hipotesis ditolak. Pemboleh ubah tujuan penilaian, maklum balas penilaian dan kejelasan kriteria serta keadilan penilaian mempengaruhi keberkesanan penilaian prestasi secara langsung. Semua ciri penilaian prestasi kecuali tujuan penilaian mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan keadilan penilaian. Dapatan juga menunjukkan kesemua ciri penilaian prestasi kecuali tujuan penilaian mempengaruhi keberkesanan penilaian prestasi secara tidak langsung melalui keadilan penilaian sebagai pemboleh ubah perantara. Analisis juga mendapati kepimpinan autentik tidak memainkan peranan sebagai penyederhana. Dapatan kajian menyumbang kepada bukti empirikal tentang peranan ciri-ciri penilaian prestasi serta peranan keadilan penilaian dalam mempengaruhi keberkesanan penilaian prestasi. Ini membolehkan pihak pengurusan terutamanya Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merancang dan membuat penambahbaikan dalam pengurusan penilaian prestasi agar menjadi lebih berkesan bagi mencapai sasaran organisasi pada masa akan datang. publisher: Kolej Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah type: Other type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1317/1/ABSTRAK%20PHD%20MOHD%20NADZRI.pdf identifier: Ishak, Mohd Nadzri. Hubungan antara ciri penilaian prestasi dengan keberkesanan penilaian prestasi: peranan keadilan penilaian sebagai perantara dan kepimpinan autentik sebagai penyederhana. Kolej Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.