%T Faktor Peramal Niat Tingkah Laku Guru Memanfaatkan Telefon Pintar Dalam PdPc Reka Bentuk Teknologi Sekolah Menengah %A Nazaruddin. Abdul Hadi %L iab_repo1322 %X Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor peramal yang mempengaruhi Niat Tingkah Laku (NTL) guru memanfaatkan Penggunaan Sebenar (PS) telefon pintar dalam PdPc Reka Bentuk Teknologi (RBT) sekolah menengah. Kajian juga menilai kesan mediator dan moderator terhadap hubungan antara konstruk kajian. Kaedah kajian ialah secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk proses pengumpulan data melibatkan 479 orang guru RBT di Negeri Sembilan yang dipilih secara persampelan rawak dua peringkat. Penganalisisan data secara statistik deskriptif pada peringkat pertama dilakukan untuk menjawab persoalan kajian pertama. Dapatan kajian mendapati Kesediaan Guru (KG), Kesediaan Teknologi (KT), Persepsi Mudah Guna (PMG), Persepsi Kebergunaan (PK), NTL dan PS berada pada tahap tinggi. Peringkat kedua penganalisisan melibatkan statistik inferensi iaitu Analisis Faktor Pengesahan (Confirmation Factor Analysis, CFA) dan Pemodelan Persamaan Berstruktur (Structural Equation Modelling, SEM) dengan menggunakan perisian IBM SPSS-AMOS versi 24.0 untuk menjawab empat persoalan kajian seterusnya. Didapati KG, KT, PMG dan PK adalah faktor yang mempengaruhi NTL secara signifikan serta NTL merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi PS dalam memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam PdPc RBT. Analisis keseluruhan SEM membuktikan bahawa konstruk model TR2TAM telah menyumbang sebanyak 71% varians bagi NTL dan 66% varians bagi PS. PK terbukti merupakan mediator dalam hubungan antara PMG dan NTL. Gender dan pengalaman mengajar berfungsi sebagai moderator antara KG, KT, PMG dan PK dengan NTL. Keseluruhannya, Model Peramal TR2TAM telah memenuhi indeks fit yang ditetapkan dengan mencapai kesepadanan dengan data kajian empirikal. Kesimpulannya, kajian ini telah membantu untuk menjelaskan lagi faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi guru untuk memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam PdPc RBT di samping sebagai penanda aras terhadap aspek-aspek yang diukur bagi penggunaan peranti teknologi dalam kalangan guru secara amnya berdasarkan tetapan sistem pendidikan di Malaysia. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada pemahaman terhadap teori dan model penerimaan teknologi secara konstektual kepada pihak yang berkepentingan. %I Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Redzuan %K Model Penerimaan, penerimaan penggunaan telefon pintar, pembelajaran dan pengajaran, Reka Bentuk Teknologi sekolah menengah