%0 Journal Article %@ 983-9479-17-2 %A Amin, Senin %A Institut Aminuddin Baki, %D 2008 %F iab_repo:133 %I Institut Aminuddin Baki %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15 2008 %K guru besar, pengetua, pemimpin sekolah, kompetensi berimpak tinggi %P 13-29 %T KAJIAN KOMPETENSI BERIMPAK TINGGI BAGI PEMIMPIN SEKOLAH %U http://eprints.iab.edu.my/v2/133/ %X Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi berimpak tinggi bagi pemimpin sekolah di Malaysia. Seramai 596 orang guru besar dan pengetua dari seluruh Malaysia telah dipilih secara persampelan rawak sistematik perkadaran untuk mengenal pasti penguasaan dan keperluan kompetensi mereka. Di samping itu, seramai 140 orang pegawai tinggi KPM/JPN/PPD/PPG juga dipilih sebagai responden bagi tujuan triangulasi keperluan masa hadapan dan keperluan strategik kompetensi bagi pemimpin sekolah. lnstrurnen Skala Kompetensi Pemimpin Sekolah,(SLeCS) yang dibina khas untuk kajian ini ditadbirkan kepada semua responden. Instrumen SLeCS mempunyai enam domain laitu ‘dasar dan hala tuju’, ‘instruksional dan pencapalan’, ‘mengurus perubahan dan inovasi’, ‘sumber dan operasi’, ‘hubungan sesama manusia’, dan ‘keberkesanan diri’. Statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan penguasaan dan kompetensi pemimpin sekolah, manakala statistik skor komposit min digunakan bagi menentukan kompetensi berimpak tinggi. Didapati nilai ?-Cronbach instrumen SLeCS dan domain-domainnya adalah tinggi laitu melebihi 0.95. Instrumen SLeCS juga mempunyai kesahan kandungan yang baik. Hasil kajian menunjukkan penguasaan kompetensi pengetua dan guru besar berada dalam zon sederhana. Kajian juga mendapati kompetensi berfokuskan ‘menyelesaikan masalah’, ‘membuat keputusan’, ‘mengurus perubahan’, dan ‘pengurusan ICT’ merupakan kompetensi yang dikategorikan sebagai kompetensi berimpak tinggi yang sangat diperlukan oleh pemimpin sekolah.