%K Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, SKKSM, pengurusan kurikulum %I Institut Aminuddin Baki %A Alias Bity Salwana %A Md Yussof Ahmad Basri %A Mustapha Ramlee %A Ibrahim Mohammed Sani %X Berdasarkan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) dan beberapa standard kepengetuaan yang lain, salah satu keperluan untuk menjadi pengetua yang kompeten ialah pengetua harus memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus dan memimpin bidang kurikulum. Dengan merujuk kepada pernyataan di atas, kajian ini cuba mengenal pasti kompetensi pengetua berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran, serta amalan pengetua dalam mengurus dan memimpin bidang kurikulum. Seramai 314 orang pengetua, 720 orang penolong kanan dan 611 ketua bidang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Kajian kualititatif menggunakan pendekatan temu bual pula dijalankan ke atas tujuh orang pengetua, empat orang penolong kanan dan tiga orang ketua bidang bagi memperjelas amalan pengetua dalam bidang pengurusan kurikulum tersebut. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan pengetua mempunyai tahap pengetahuan dan tahap kemahiran yang tinggi di mana bagi kesemua aspek, skor min yang dicapai adalah melebihi 4.00. Dapatan temu bual pula telah menjelaskan beberapa amalan pengetua yang menyokong tahap kompetensi pengetua yang tinggi. Kajian ini turut menunjukkan dalam amalan pengurusan dan kepimpinan mereka, pengetua berhadapan dengan beberapa cabaran dan masalah. Kajian turut menunjukkan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak dalam dan luar sekolah pengetua mampu berperanan dengan lebih berkesan. %D 2008 %P 40-50 %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15 2008 %L iab_repo135 %T KOMPETENSI PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA DALAM BIDANG PENGURUSAN KURIKULUM