%0 Journal Article %@ 2682-826X %A Loh, May Chen %A Abdul Wahab, Jamalullail. %D 2021 %F iab_repo:1353 %I Universiti Kebangsaan Malasysia %J Jurnal Dunia Pendidikan %K kepimpinan autokratik pengetua, kepuasan kerja guru, sekolah menengah %N No. 1 %P 1-11 %T Amalan Kepimpinan Autokratik Pengetua dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1353/ %V Vol. 3 %X Kepimpinan autokratik pengetua masih diamalkan dalam keadaan tertentu di sekolah, walaupun tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah mungkin menurun kerana hanya mendengar arahan daripada satu pihak sahaja. Amalan kepimpinan autokratik pengetua di sekolah sudah semakin kurang relevan dengan keadaan organisasi seperti disekolah sekarang. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan autokratik pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah, daerah Kota Bharu, Kelantan. Kekurangan kajian yang dijalankan di sekolah menengah tentang isu ini mendorong pengkaji untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinan autokratik pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah. Kebanyakan kajian kepimpinan pendidikan yang dijalankan sebelum ini adalah berkaitan amalan kepimpinan lain seperti kepimpinan demokratik atau kepimpinan laissez faire. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang guru di sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan dipilih melalui persampelan rawak. Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 23 digunakan untuk menganalisis data. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens statistik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan autokratik pengetua dan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan autokratik pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah. Amalan kepimpinan autokratik pengetua masih diamalkan dalam keadaan tertentu yang kadangkala akan menyebabkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah menjadi rendah kerana proses membuat keputusan yang dominan di pihak pengetua.