TY - JOUR N2 - Pendidikan di sekolah rendah merupakan tahap terpenting dalam pendidikan formal seseorang kanak-kanak. Pendidikan peringkat ini adalah teras kepada sistem pendidikan negara dan menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat pembangunan negara secara maksimum. Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan bahawa objektif persekolahan peringkat rendah ialah untuk membantu perkembangan diri murid, persediaan persekolahan menengah, pemahaman budaya dan kemahiran sosial, pembinaan minat, keagamaan dan moral, dan, sumbangan kepada masyarakat dan negara. Kertas kerja ini akan membincangkan perspektif guru besar terhadap peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan sekolah rendah. Guru baser sebagai responden kajian adalah terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Mereka sedang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar dan bertugas di sekolah seluruh Malaysia. Kajian menggunakan kaedah survey dan dapatan dibentangkan dan skor min dan standard deviation. Berdasarkan kajian ini, terdapat pelbagai perspektif guru besar terhadap peranan guru-guru dalam mencapai objektif sekolah rendah. Adalah diharapkan dapatan kajian ini akan memberi inspirasi kepada semua warga pendidik dan pihak yang terlibat dengan alam pendidikan khasnya ke arah memperkasakan sekolah rendah. PB - Institut Aminuddin Baki Y1 - 2008/06/29/ A1 - Mohamad Johdi, Salleh A1 - Abdul Rasid, Jamian A1 - Baharom, Mohamad A1 - Mohd Hasani, Dali SN - 983-9479-17-2 EP - 88 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/138/ ID - iab_repo138 JF - Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15 2008 AV - public TI - PERANAN GURU MENCAPAI OBJEKTIF SEKOLAH RENDAH: PERSPEKTIF GURU BESAR SP - 77 KW - peranan guru KW - objektif sekolah rendah KW - perspektif guru besar ER -