%0 Journal Article %@ e-ISSN: 2682-826X %A Said, Ashma %A Wan Mohamad, Wan Muna Ruzanna. %D 2023 %F iab_repo:1392 %I Asian Scholars Network %J Jurnal Dunia Pendidikan %K Pemansuhan UPSR, pentaksiran, Bahasa Melayu, pentaksiran bilik darjah, kesediaan guru %N 1 %P 181-191 %T Pemansuhan UPSR: kesediaan guru Bahasa Melayu tahun enam dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1392/ %V 5 %X Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah dilakukan oleh KPM telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga pendidik, ibu bapa dan juga murid. Rentetan pemansuhan UPSR ini, secara tidak langsung pentaksiran bilik darjah menjadi keutamaan di dalam penilaian murid tahun 6. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru Bahasa Melayu tahun enam terhadap pemansuhan UPSR dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes yang melibatkan dua orang guru. Kaedah temu bual dan analisis data telah dilakukan untuk mengumpul data. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru berpengetahuan dan bersedia untuk melaksanakan PBD setelah pemansuhan UPSR. Kesimpulannya, guru bahasa Melayu tahun enam perlu melaksanakan PBD dengan lebih baik, telus dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan telus dan berkualiti.