%0 Generic %A Karmani, Normah. %F iab_repo:1394 %I Universiti Pendidikan Sultan Idris %K Kepimpinan guru, efikasi guru, sokongan organisasi %T Kepimpinan guru dan hubungan dengan efikasi guru serta sokongan organisasi guru Sekolah Menengah Negeri Selangor %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1394/ %X Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kepimpinan guru dengan efikasi guru serta sokongan organisasi. Kajian ini menggunakan soal selidik dan ditadbir kepada guru-guru di sekolah menengah di Selangor. Seramai 348 responden telah dipilih secara rawak daripada 23,589 orang guru sekolah menengah di negeri Selangor. Teori Tindakan Kepimpinan Guru, Model Sfera Tindakan Kepimpinan Guru serta Teori Efikasi merupakan antara teori dan model yang mendasari kajian ini. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan analisis faktor eksploratori (EFA-Eksploratory Factor Analysis), analisis faktor konfirmatori (CFA- Confirmatory factor analysis) dan Model Persamaan Struktural (SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan guru dan efikasi guru, kepimpinan guru dan sokongan organisasi serta sokongan organisasi dan efikasi guru. Namun begitu dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sokongan organisasi bukanlah mediator di antara kepimpinan guru dan efikasi guru. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah ini saling berkaitan di antara satu sama lain dan dianggap penting bagi meningkatkan tahap kepimpinan guru. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi maklumat tambahan dalam teori kepimpinan guru, efikasi guru dan sokongan organisasi dan memberi garis panduan terhadap latihan dan program peningkatan profesionalisme kepada guru, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.