@misc{iab_repo1395, publisher = {Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor}, author = {Zaharul Arifin. Md Zin}, title = {Amalan kepimpinan distributif, kecerdasan emosi Pengetua lepasan NPQEL dan hubungannya dengan komitmen organisasi}, keywords = {Kepimpinan distributif, kecerdasan emosi, NPQEL}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1395/}, abstract = {Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap amalan kepimpinan distributif, kecerdasan emosi dan hubungannya dengan komitmen organisasi pengetua lepasan NPQEL. Kajian ini turut mengkaji hubungan dan sumbangan amalan kepimpinan distributif dan kecerdasan emosi terhadap komitmen organisasi. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Seramai 391 orang pengetua dari 1169 pengetua lepasan NPQEL seluruh Malaysia dipilih sebagai responden kajian. Persampelan kelompok pelbagai peringkat, nisbah berkadar dan seterusnya persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 25 dan SmartPLS 3.0. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap amalan kepimpinan distributif (min=4.61) dan kecerdasan emosi (min=4.59) pengetua lepasan NPQEL berada pada tahap tinggi dan tahap komitmen organisasi (min=3.42) berada pada tahap sederhana. Ujian Kruskal Wallis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan distributif pengetua berdasarkan umur dan ujian Manova menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan kepimpinan distributif berdasarkan lokasi sekolah. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi dan komitmen organisasi berdasarkan umur, lokasi sekolah, pengalaman pentadbiran, tahap pendidikan dan tempoh kursus NPQEL. Analisis ujian kesignifikanan PLS-SEM pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan distributif dengan komitmen organisasi (t=2.402), antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi (t=2.192) dan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan distributif (t=21.633). Dimensi kesedaran diri didapati menyumbang kepada komitmen organisasi, dimensi penyeliaan dan dimensi kerjasama pasukan menyumbang kepada komitmen organisasi dan dimensi kesedaran diri, kesedaran sosial dan pengurusan perhubungan pula menyumbang kepada amalan kepimpinan distributif. Analisis VAF membuktikan kepimpinan distributif berperanan sebagai pengantara separa (39.6\%) kepada hubungan di antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi. Implikasi kajian ini memberi nilai tambah kepada amalan kepimpinan distributif pengetua di sekolah. Kesimpulannya, amalan kepimpinan distributif dan kecerdasan emosi yang tinggi mampu meningkatkan komitmen organisasi pengetua. Amalan kepimpinan distributif sebagai pengantara separa boleh membantu untuk menjelaskan hubungan di antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi.} }