@misc{iab_repo1397, title = {Hasil penyesuaian diri sebagai perantara bagi hubungan sosialisasi organisasi, tingkah laku proaktif dan keterlibatan kerja guru baharu}, year = {2019}, publisher = {Universiti Utara Malaysia}, author = {Rozita. Abdullah}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1397/}, keywords = {Sosialisasi organisasi, tingkah laku proaktif, efikasi kendiri, kejelasan peranan, penerimaan sosial, keterlibatan kerja, guru novis}, abstract = {Keterlibatan kerja guru merupakan elemen penting bagi meningkatkan prestasi guru serta produktiviti sekolah. Faktor beban tugas guru, tekanan kerja, sumber kerja dan proses sosialisasi organisasi adalah antara faktor yang berupaya mempengaruhi tingkah laku dan keterlibatan kerja guru. Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan guru baharu, terutamanya untuk mengenal pasti pengaruh faktor sosialisasi organisasi dan tingkah laku proaktif terhadap keterlibatan kerja mereka, samada secara terus dan tidak langsung melalui hasil penyesuaian diri (iaitu faktor efikasi kendiri, kejelasan peranan, penerimaan sosial) yang dicadangkan sebagai perantara. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif iaitu kajian tinjauan yang melibatkan pengujian model berstruktur. Data dikumpul secara keratan rentas (cross sectional) melalui soal selidik yang dibina berasaskan instrumen yang diadaptasi dan diuji kesahan serta kebolehpercayaannya. Sampel kajian merupakan 312 orang guru sekolah menengah dari lapan buah daerah di negeri Kedah. Keputusan kajian menunjukkan faktor jantina dan pengalaman kerja guru adalah tidak signifikan dalam membezakan tahap sosialisasi organisasi, tingkah laku proaktif dan keterlibatan kerja guru baharu; dan semua konstruk kajian mempunyai hubungan yang positif dan signifikan. Pengujian model pula menunjukkan faktor efikasi kendiri dan penerimaan sosial sebagai perantara yang signifikan bagi menjelaskan pengaruh tidak langsung faktor sosialisasi organisasi dan tingkah laku proaktif terhadap keterlibatan kerja guru baharu. Dari segi teori, kajian ini memberikan bukti empirikal terhadap penggabungan Teori Pembelajaran Bandura dan Model Job Demand Resources. Secara praktis pula, dapatan kajian dapat dijadikan panduan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha meningkatkan kualiti program induksi guru baharu dengan mengambil kira aspek sosialisasi organisasi yang merangkumi hubungan interpersonal, kecekapan mengaplikasikan kemahiran pedagogi dan pengetahuan tentang perkembangan kerjaya guru. Usaha tersebut akan mewujudkan keyakinan diri dan rasa kepunyaan dalam kalangan warga sekolah, dan seterusnya meningkatkan keterlibatan kerja guru baharu.} }