TY - JOUR SN - 2682-826X Y1 - 2023/// TI - Amalan dan Masalah Pendekatan Pengajaran Terbeza Berpandukan MoLIB oleh Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan VL - Vol. 5 N2 - Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka amalan pendekatan pengajaran terbezaberpandukan Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) dan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu.Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan pensampelan secara bertujuan. Seramai enam orang guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahap 1 dari enam buah sekolah rendah kebangsaan dipilih sebagaipeserta kajian. Lokasi sekolah-sekolah peserta-peserta kajian ini adalah di tiga buah sekolah rendah luar bandar dan tiga buah sekolah rendah bandar di Kuching, Sarawak. Alat pengumpulan data kajian ini ialah secara temu bual yang kemudiannya dianalisis mengikut pengenalpastian tema-tema yang wujud berdasarkan transkripsi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu Tahap 1 di sekolah rendah kebangsaan mengamalkanpendekatan pengajaran terbeza berpandukan MoLIB dalam PdP Bahasa Melayu pada tahap yang tinggi demi meningkatkan kefahaman murid pelbagai aras pembelajaran. Kesediaan dan kreativiti guru dari segi perancangan serta pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam bilik darjah mampu meningkatkan penguasaan murid dalam PdP Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu Tahap 1 di sekolah rendah kebangsaan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza dengan efisien dan konsisten. Kesimpulannya, pendekatan pengajaran terbeza ini relevan diaplikasikan dalam PdP Bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan murid yang pelbagai profil pembelajaran serta meningkatkan penguasaan murid mengikut gaya pembelajaran murid secara holistik. SP - 1 EP - 13 KW - pendekatan pengajaran terbeza KW - Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza KW - guru Bahasa Melayu Tahap 1 KW - pendekatan pengajaran KW - sekolah rendah kebangsaan JF - Jurnal Dunia Pendidikan ID - iab_repo1398 PB - 2023 AV - public IS - No. 1 A1 - Michael, Jessica A1 - Mahamod, Zamri. UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1398/ ER -