TY - JOUR A1 - Tengku Kasim, Tengku Sarina Aini A1 - Mohd Noor, Nur Eliza A1 - Md. Yusoff, Yusmini. PB - Usim press N2 - Pandemik Covid-19 yang melanda negara menjadikan e-pembelajaran di rumah sebagai alternatif kepada konsep pembelajaran secara tradisional di dalam kelas ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh Perdana Menteri Malaysia bermula 18 Mac 2020. Situasi ini memberi cabaran baru kepada profesion perguruan dalam memastikan guru lebih bersedia dan efisien untuk meningkatkan pencapaian akademik yang baik di samping melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji. Hal ini berikutan medium e-pembelajaran terpaksa digunakan oleh guru sepenuhnya sebagai alternatif pembelajaran bagi menggantikan sistem pembelajaran konvensional. Analisis terhadap kajian lepas menunjukkan cabaran teknologi serta globalisasi dalam proses pembelajaran memberi impak terhadap pembentukan sahsiah pelajar. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan berbentuk konseptual bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan e-pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah dengan mengupas cabaran dan halangan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam pada masa kini ekoran pelaksanaan medium pengajaran dan pembelajaran secara tidak bersemuka. Selain itu, kajian ini akan melihat bagaimana usaha guru dalam membina sahsiah murid melalui e-pembelajaran Pendidikan Islam. Justeru, kajian ini dapat memberi kefahaman kepada guru mengenai usaha dan peranan yang perlu dilakukan bagi membina sahsiah murid melalui platform e-pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa peranan guru sebagai murabbi amat penting dalam memastikan matlamat epembelajaran Pendidikan Islam tercapai di samping keluarga yang merupakan pendidikan informal yang pertama bertindak sebagai pelengkap kepada pendidikan formal walaupun dilakukan secara tidak bersemuka. Y1 - 2022/09/01/ UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1402/ ID - iab_repo1402 EP - 71 SN - 0127-7871 TI - Cabaran guru dalam pembinaan sahsiah murid melalui e- pembelajaran Pendidikan Islam AV - public JF - Jurnal Sains Insani IS - 444 KW - Pendidikan Islam KW - Pembinaan Sahsiah SP - 63 ER -