@article{iab_repo1409, title = {Komuniti pembelajaran profesional di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia}, pages = {1--13}, volume = {7}, author = {Azura Pun and Mahaliza Mansor}, number = {2}, journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities}, abstract = {Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap Komuniti Pembelajaran Profesional dan mengenal pasti tahap setiap dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 702 orang guru sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Kaedah persampelan berstrata tidak berkadaran telah digunakan dalam pemilihan sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Malaysia telah mengamalkan Komuniti Pembelajaran Profesional pada tahap yang tinggi. Setiap dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional secara keseluruhannya juga berada pada tahap skor min yang tinggi. Kesimpulannya pengamalan Komuniti Pembelajaran Profesional oleh guruguru menunjukkan mereka komited dalam melaksanakan pelbagai program penambahbaikan demi meningkatkan pencapaian murid dan prestasi sekolah.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1409/}, keywords = {Komuniti Pembelajaran Profesional, Sekolah Menengah Kebangsaan, Penambahbaikan sekolah} }