relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1424/ title: Praktik kepimpinan pemimpin sekolah di Terengganu: Kajian semasa era pandemik Covid-19 creator: Yusof, Mat Rahimi creator: Ibrahim, Mohd Yusri creator: Syariff M. Fuad, Dayang Rafidah creator: Samichan, Aziah creator: Mat Zaid, Mohammad Zainuddin subject: L Education (General) description: Secara umumnya, pandemik Covid-19 telah membawa perubahan dalam praktik kepimpinan pemimpin sekolah. Penggunaan teknologi digital dikatakan sebati dalam praktik kepimpinan pengetua dan guru besar (PGB) terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru kajian kaedah campuran (kualitatif dan kuantitatif) ini bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti gaya baharu kepimpinan PGB semasa pandemik COVID-19. Data kajian kualitatif dianalisis berbantukan perisian Atlas ti. mendapati pemimpin sekolah sangat serius dalam pengintegrasian teknologi digital.Begitu juga medium baharu komunikasi digital turut meningkat dalam setiap tindakan kepimpinan PGB di sekolah. Manakala kajian kuantitatif dianalisis berbantukan SEM AMOS terhadap 103 responden berjaya mengenal pasti lapan dimensi dan 37 tingkah laku kepimpinan PGB. Dimensi tersebut ialah mesyuarat maya, diskusi maya, komunikasi maya, perkongsian maya (maklumat, bahan dan fail), pembangunan profesionalisme guru, penyeliaan maya, pemantauan prestasi maya dan ruang pembelajaran digital. Walau bagaimana pun dapatan menunjukkan tingkah laku penggunaan pengkomputeran awan masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan PGB. Pun begitu, secara umumnya kajian ini membuktikan PGB sangat serius dalam pengintegrasian teknologi digital dengan memperkasakan medium baharu komunikasi digital dalam kepimpinannya.Akhir sekali, dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada kelestarian gaya kepimpinan pasca pandemik. Dicadangkan kajian lanjutan dilakukan oleh penyelidik akan datang bagi mengisi kelompangan yang terdapat dalam kajian ini. date: 2022 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1424/1/Praktik%20kepimpinan.pdf identifier: Yusof, Mat Rahimi and Ibrahim, Mohd Yusri and Syariff M. Fuad, Dayang Rafidah and Samichan, Aziah and Mat Zaid, Mohammad Zainuddin (2022) Praktik kepimpinan pemimpin sekolah di Terengganu: Kajian semasa era pandemik Covid-19. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 35 (2). pp. 21-34. ISSN 1511-4147