eprintid: 1429 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/14/29 datestamp: 2023-07-18 04:37:20 lastmod: 2023-07-18 04:37:20 status_changed: 2023-07-18 04:37:20 type: book metadata_visibility: show creators_name: Othman, Cammellia creators_name: Busari, Abdul Halim title: Analisis Literatur Kajian Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta hubungannya dengan Komitmen Guru ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPS full_text_status: public keywords: Kepimpinan Instruksional,Komitmen Guru abstract: Kertas konsep ini bertujuan untuk menganalisis kajian-kajian terdahulu mengenai tahap amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua dan guru besar (PGB) dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah-sekolah Malaysia. Kajian-kajian lepas menunjukkan purata tahap komitmen guru dalam organisasi adalah merupakan satu fenomena yang kurang sihat. Di sekolah, masih terdapat segelintir guru yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab seperti masih menggunakan kaedah pengajaran yang lama serta enggan berubah mengikut arus perubahan. Sedangkan perubahan persekitaran telah menuntut perubahan dalam aspek kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang diguna pakai oleh guru-guru. Komitmen guru kepada profesion benar-benar memerlukan perhatian segera dan serius. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu pelan bagi meningkatkan tahap kepimpinan di kalangan PGB iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM telah mengariskan tentang keperluan untuk memahami secara mendalam bidang kepimpinan instruksional oleh PGB. Ini menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan yang masih penting dalam meningkatkan komitmen guru. Kertas konsep ini juga akan membincangkan tentang konsep kepimpinan instruksional dan komitmen guru serta bagaimana Model Kepimpinan Instruksional Hallinger & Murphy (1985) dan Model Komitmen Guru Mayer & Smith (1993) diaplikasi dalam kajian-kajian lepas. Analisis dokumen dijalankan menerusi pembacaan jurnal, artikel, buku dan artikel yang berkaitan perkara ini. Diharap kertas konsep ini dapat merealisasikan anjakan ke-5 PPPM iaitu memastikan pemimpin yang memiliki prestasi tinggi sahaja ditempatkan di sekolah. Selain itu, kertas konsep ini diharap dapat digunakan sebagai rujukan dan menambah literatur yang berkaitan dengan kepimpinan instruksional dengan komitmen guru serta dapat memberi implikasi kepada unit pembangunan profesional guru terutamanya dari segi perancangan latihan kepimpinan PGB. Kesimpulannya, amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan PGB adalah penting dan mempunyai hubungan dengan komitmen guru. date: 2019 publication: Analisis Literatur Kajian Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta hubungannya dengan Komitmen Guru publisher: Universiti Malaysia Sarawak pagerange: 1-49 refereed: TRUE isbn: 9789671461662 official_url: https://www.researchgate.net/publication/343228369_Analisis_Literatur_Kajian_Kepimpinan_Instruksional_Pengetua_dan_Guru_Besar_PGB_serta_hubungannya_dengan_Komitmen_Guru citation: Othman, Cammellia and Busari, Abdul Halim (2019) Analisis Literatur Kajian Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta hubungannya dengan Komitmen Guru. Universiti Malaysia Sarawak, pp. 1-49. ISBN 9789671461662 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1429/1/Analisis%20Literatur%20Kajian%20Kepimpinan%20Instruksional%20Pengetua%20dan%20Guru%20Besar%20%28PGB%29%20serta%20hubungannya%20dengan%20Komitmen%20Guru.pdf