%0 Journal Article %@ 983-9479-17-2 %A Norlia , Goolamally %A Jamil , Ahmad %A Institut Aminuddin Baki, %D 2008 %F iab_repo:143 %I Institut Aminuddin Baki %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15 2008 %K pemilihan pengetua, kelestarian kepimpinan, pemikiran semula, Leadership Behaviour Description Questionnaire ,LBDQ, Leadership Multi-Factor Questionnaire, LMFQ, 3600 performance appraisal, Evaluation Expertise for Councils and Educational Leaders, Program EXCEL, Leadership Practices Inventory, LPI %P 133-146 %T PEMILIHAN PENGETUA SEKOLAH KE ARAH KELESTARIAN KEPIMPINAN: SATU PEMIKIRAN SEMULA %U http://eprints.iab.edu.my/v2/143/ %X Pengetua sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kualiti dan kecemerlangan serta merupakan tonggak kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik dipimpin oleh pengetua yang mempunyai sifat-sifat kepemimpinan yang berkesan. Sesungguhnya, kecemerlangan sekolah memerlukan seorang pengetua yang mempunyai karakter yang baik dan unggul. Pemilihan dan prosedur kenaikan pangkat pengetua-pengetua sekolah perlu mengikut satu method yang ditentusahkan. Keseluruhan proses ini perlu dikaji semula untuk menjamin kualiti dan ketinggian mutu pendidikan negara. Pemilihan secara terus mengikut senioriti atau kekananan serta kompetensi tugas melalui penilaian kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang diamalkan masa kini adalah tidak begitu jelas kesesuaiannya dalam melestarikan kepimpinan pengetua. Banyak kajian menunjukkan bahawa, selain pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus, seorang pangetua seharusnya mempunyai kredibiliti dalam mengupayakan organisasinya. Kredibiliti bermaksud kualiti yang membolehkan seseorang pemimpin beroleh kepercayaan, kebergantungan serta keyakinan orang lain (being believable, dependable and worthy of people's trust and confidence). Elemen kepercayaan adalah penting bagi mewujudkan kredibiliti seorang pemimpin sementara kredibiliti merupakan asas bagi pemimpin yang berkesan. Terdapat empat ciri kualiti atau atribut utama bagi pemimpin yang kredibel iaitu jujur, berpandangan ke hadapan, sumber inspirasi kepada individu dalam organisasi dan kompeten (Kouzes & Posner 1988). Pemimpin yang kredibel bertindak dengan kualiti dan integriti. Melalui atribut-atribut seperti kejujuran (honesty), integriti, berpandangan ke hadapan (forward looking), inspirasi (inspire) dan kompeten, pemimpin yang kredibel ini berjaya memperoleh kepercayaan, sokongan dan kesepakatan bekerja daripada anggota organisasi, dengan itu dapat meningkatkan kesetiaan dan komitmen daripada pekerja. Di negara barat pelbagai instrumen dan inventori diguna pakai dalam manilai seseorang pengetua sama ada pada peringkat awal pemilihan mahupun penilaian sepanjang tugas sebagai pengetua. Antara contoh instrumen yang digunakan ialah Leadership Behaviour Description Questionnaire (LBDQ), Leadership Multi-Factor Questionnaire (LMFQ), 3600 performance appraisal, Evaluation Expertise for Councils and Educational Leaders (Program EXCEL) dan Leadership Practices Inventory (LPI). Justeru, dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kepimpinan lestari pengetua sekolah, pemilihan pengetua seharusnya melalui proses yang objektif, jelas dan telus supaya segala hasrat dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kertas kerja ini akan membincangkan dari segi keperluan dan kerangka konseptual atribut kepimpinan pengetua yang berkesan dan mantap serta mekanisme yang lebih objektif melalui pembinaan instrumen psikometri yang boleh diguna pakai bagi pemilihan bakal-bakal pengetua yang akan menerajui kepimpinan sekolah.