eprintid: 1433 rev_number: 7 eprint_status: archive userid: 617 dir: disk0/00/00/14/33 datestamp: 2023-07-18 08:25:36 lastmod: 2023-07-18 08:25:36 status_changed: 2023-07-18 08:25:36 type: article metadata_visibility: show creators_name: Apak, Jaggil creators_name: Taat, Muhamad Suhaimi creators_name: Talip, Roslee creators_name: Ag Kiflee @ Dzulkifli, Dg Norizah creators_id: jaggilapak@gmail.com title: Kepimpinan Servan:Satu Alternatif Pengurusan Sekolah Abad Ke-21 ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPS full_text_status: public keywords: kepimpinan servan pengetua, tahap amalan, pengalaman mengajar principal servant leadership, practice level, teaching experience abstract: Perubahan pendidikan semasa memerlukan kepimpinan berkesan pengetua. Pelbagai teori dan model mengenai kepimpinan disajikan menerusi literatur, namun jarang menyentuh aspek Kepimpinan Servan. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan servan pengetua dari persepsi guru sekolah menengah di Sabah, Malaysia. Kajian berbentuk bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan mengabungkan beberapa teknik pensampelan kebarangkalian dalammendapatkan sampel. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi dari Servant Organizational Leadership Assessment (SOLA) Laub (1999), dan ditadbir ke atas 439 orang guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 21.0. Berdasarkan analisis deskriptif, didapati kepimpinan servan pengetua diamalkan pada tahap tinggi. Seramai 377 orang guru (85.9%) mempersepsikan pengetua mempunyai amalan yang tinggi dalam pengurusan sekolah. Keputusan analisis Ujian-t yang diperoleh adalah tidak signifikan (t=-0.472, df=437, p>0.05), yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan amalan kepimpinan servan pengetua berdasarkan jantina. Melalui ujian ANOVA sehala, kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar guru juga didapati tidak signifikan [F (df=2, 436) =0.061, p>0.05]. Kajian menyimpulkan bahawa tiada perbezaan dalam kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian mencadangkan agar amalan kepimpinan servan diterapkan dalam pengurusan pengetua memandangkan guru terbukti dapat menerimanya. Guru dan komuniti sekolah lebih dihargai, dibangun, dan dipimpin ke arah mencapai matlamat organisasi yang disasarkan. date: 2019 date_type: published publication: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) volume: 4 number: 3 publisher: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities pagerange: 173-184 refereed: TRUE issn: e2504-8562 official_url: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh related_url_url: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh related_url_type: pub citation: Apak, Jaggil and Taat, Muhamad Suhaimi and Talip, Roslee and Ag Kiflee @ Dzulkifli, Dg Norizah (2019) Kepimpinan Servan:Satu Alternatif Pengurusan Sekolah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4 (3). pp. 173-184. ISSN e2504-8562 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1433/1/Kepimpinan%20servan.pdf