@article{iab_repo1442, title = {Meneroka Kesediaan dan Persepsi Pemimpin Pendidikan Terhadap Revolusi Industri 4.0}, volume = {Khas}, author = {Muaza Shifa Rumeli and Ahmad Aizuddin Md Rami}, pages = {1--9}, year = {2023}, number = {Mac}, month = {March}, journal = {International Journal of Education and Training (InjET)}, publisher = {International Journal of Education and Training (InjET)}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1442/}, keywords = {Cabaran, Persepsi, Pemimpin Pendidikan, Revolusi Industri 4.0}, abstract = {Revolusi Perindustrian (IR) adalah perubahan dunia yang menandakan kemajuan dalam tamadun manusia. Memandangkan IR 4.0 telah mencapai kemuncaknya, semua pihak perlu bertindak pantas bagi mewujudkan persaingan global dalam semua bidang termasuk Pendidikan dan Organisasi Pendidikan. Sekolah khususnya perlu membawa tenaga kerja mereka dengan cekap untuk bertindak dan mengejar kemajuan hari ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana kesediaan dan persepsi pemimpin pendidikan terhadap Revolusi Industri 4.0 di Malaysia dan mengadaptasi penggunaan teknologi dalam mengurus dan memimpin sekolah. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam bentuk temubual dan dokumen analisis. Lima orang pemimpin pendidikan yang terdiri daripada kalangan Guru Besar dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) telah dijadikan informan bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tema utama ialah integrasi teknologi melalui kepimpinan dan visi; pengurusan teknologi melalui amalan profesional; dan integrasi teknologi untuk pengajaran dan penilaian. Semua dapatan yang dibentangkan dalam kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh pihak yang berkepentingan untuk membantu memperkasakan pendidikan di Malaysia} }