%P 47 %J Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan %V 36 %L iab_repo1464 %T Hubungan gaya kepimpinan, motivasi kerja dan komitmen Guru Besar dengan prestasi kerja guru sekolah rendah luar bandar di Sabah %N 1 %K Gaya Kepimpinan, Motivasi Kerja, Komitmen Kerja, Prestasi Kerja %X Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan, motivasi kerja dan komitmen kerja guru besar dengan prestasi kerja guru. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif daripada 514 orang guru sekolah rendah luar bandar di Sabah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS melibatkan ANOVA Sehala, dan Korelasi Pearson, pada aras signifikan p<.05. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan ketiga-tiga pemboleh ubah bebas berdasarkan ciri demografi yang digunakan. Analisis inferensi menggunakan korelasi Pearson melibatkan pemboleh ubah bebas dan bersandar juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah yang terlibat. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan faktor pemboleh ubah sandar yang dipilih ini perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbir dalam usaha meningkatkan prestasi kerja guru, demi kelangsungan kecemerlangan sekolah khususnya di luar bandar. %A Mohd Azizuan Abdullah %A Abdul Said Ambotang %A Ghazali Sulaiman %D 2023