TY - JOUR ID - iab_repo1466 UR - https://myjms.mohe.gov.my/index.php/icelam/article/view/24276/13307 EP - 329 A1 - Wan Yaacob, Wan Azhar A1 - Wan Abdullah, Dr. Wan Noor Siah A1 - Zainal, Ts. Dr.Ahmad Y1 - 2023/// N2 - Kepimpinan Pendidikan Alam Sekitar merupakan salah satu gaya kepemimpinan yang harus diamalkan oleh para pentadbir sekolah bagi mencapai matlamat aspirasi pendidikan negara. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti tahap sedia ada dan kepentingan amalan terbaik kepimpinan Pendidikan Alam Sekitar dan sumbangan terhadap peranan pemimpin sekolah.Kajian ini menggunakan teknik sampel rawak mudah jenis kelompok kluster dan responden terdiri daripada pentadbir sekolah.Kaedah menganalisis data penyelidikan ini adalah dengan menggunakan perisian SPSS IBM version 20 bagi mendapatkan hasil analisis data kajian.Peserta kajian yang terlibat seramai 148 daripada 232 orang populasi secara bersemuka kepada pentadbir sekolah menengah di negeri Johor.Penyelidik telah membangunkan instrumen soal selidik dengan membentuk konstruk dan item yang mengkaji Amalan Terbaik Pendidikan Alam Sekitar.Kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dengan nilai alpha Cronbach 0.876 bagi elemen amalan pendidikan alam sekitar dan 0.923 bagi indikator kepimpinan sekolah melalui kajian rintis. Hasil dapatan analisis keseluruhan tahap sedia ada elemen amalan Pendidikan Alam Sekitar menunjukkan tahap sedia ada amalan Pendidikan Alam Sekitar bagi elemen i) pengurusan (min 4.17 dan sisihan piawai 0.277); ii) profesionalisme (min 4.18 dan sisihan piawai 0.308); iii) kurikulum (min 4.09 dan sisihan piawai 0.315); iv) kokurikulum (min 4.06 dan sisihan piawai 0.359);dan v) pembudayaan (min 4.01 dan sisihan piawai 0.314).Bagi elemen yang paling tinggi adalah Profesionalisme manakala elemen yang mempunyai nilai paling rendah adalah Pembudayaan.Walau bagaimanapun kesemua elemen adalah dalam nilai yang tinggi.Bagi ujian Analisis Regresi Pelbagai menggunakan kaedah Stepwise Estimation mendapati kesemua elemen pemboleh ubah bebas elemen kurikulum, budaya dan pengurusan merupakan faktor yang signifikan terhadap kepimpinan sekolah Keputusan tiga pemboleh ubah peramal, iaitu elemen kurikulum (? = 0.22, t = 0.166, p < 0.05), elemen budaya (? = 0.587, t = 7.614, p < 0.05)dan elemen Pengurusan (? = 0.567, t = 4.740, p < 0.05)merupakan faktor kepada kepimpinan sekolah.Kesimpulannya,amalan terbaik Pendidikan Alam Sekitar Pemimpin Sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan dan pengurusan sekolah ke arah yang lestari. KW - Pendidikan Alam Sekitar KW - Amalan Terbaik KW - Kepimpinan Sekolah SP - 314 TI - Kepimpinan Pendidikan Alam Sekitar Pemimpin Sekolah AV - public JF - Kepimpinan Pendidikan Alam Sekitar Pemimpin Sekolah ER -