%K Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan, NPQEL 2.0, Kepimpinan %I Institut Aminuddin Baki %A Ratnadevi R.Shunmugam %A Vasu Muniandy %A Mahazi Si Harun %A Norazman Mohamed %A Azhar Harun %A Che Zakiah Mohamad Salim %A Noraisah Md Yusuf %A Salmah binti Ismail %A Hasbullah bin Idris %A Zunaida Zakaria %X Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pembangunan individu dan pembangunan organisasi serta hubungan antara pembangunan individu dan pengurusan organisasi terhadap kompetensi kepemimpinan graduan NPQEL 2.0. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kaedah persampelan rawak berstrata digunakan dengan melibatkan populasi daripada lima kampus IAB iaitu IAB Induk, IAB Cawangan Genting Highlands, IAB Cawangan Utara, IAB Cawangan Sabah dan IAB Cawangan Sarawak. Soal selidik yang diadaptasi daripada Standard Keperibadian dan Amalan Kepimpinan Pendidikan Berprestasi Tinggi Institut Aminuddin Baki dan ditadbir kepada 2516 graduan NPQEL 2.0 ambilan 2018 dan 2019. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pembangunan individu dan pembangunan organisasi adalah tinggi untuk semua elemen. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pembangunan individu terhadap pembangunan organisasi dalam kalangan graduan NPQEL 2.0 berkenaan. Secara keseluruhan, kajian ini diharap dapat menjadi rujukan bagi pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat bagi pembinaan modul-modul latihan kepimpinan pada masa hadapan. %D 2023 %P 1-12 %J Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan %L iab_repo1470 %V 36 %T Hubungan antara pembangunan individu terhadap pembangunan organisasi dalam kalangan graduan NPQEL 2.0 %N 1