@article{iab_repo1471, year = {2023}, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, number = {1}, month = {August}, journal = {Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan}, title = {Penyebarluasan dasar kerajaan dalam pelaksanaan program di sekolah melalui FUFT kursus dasar awam - dasar pendidikan kebangsaan.}, pages = {54--69}, volume = {36}, author = {Noraini Abdullah and Mazli Hasril Hasarudin and Nor Azman Mohamed and Mohd. Radzi Bainan and Maryati Athan and Norita Hamzah}, keywords = {Penyebarluasan dasar kerajaan, Pelaksanaan program, Kompetensi PGB, FUFT}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1471/}, abstract = {Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kompetensi Pengetua dan Guru Besar (PGB) berkaitan dengan penyebarluasan dasar kerajaan dalam perancangan strategik dan pelaksanaan program di sekolah berdasarkan empat (4) domain iaitu (i) perancangan, (ii) pelaksanaan dan penyebarluasan, (iii) pemantauan dan penilaian serta (iv) etos atau kebitaraan sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah mixed method atau kaedah gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk mengumpul data. Data kuantitatif diperoleh dari Instrumen Penyebarluasan Dasar Kerajaan dalam Perancangan Strategik dan Pelaksanaan Program di Sekolah (Instrumen Follow Up Follow Through (FUFT) Kursus Dasar Awam ? Dasar Pendidikan Kebangsaan (KDADPK) manakala fasa kualitatif menggunakan soalan terbuka dari instrumen tersebut untuk menerangkan kesignifikanan dapatan kajian yang diperoleh dari fasa kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi skor tertinggi Pengetua menyebarluaskan dasar kerajaan dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah ialah K11 iaitu kompetensi Komitmen (Domain Etos). Ini bermakna pengetua berkeupayaan menunjukkan komitmen dan keterlibatan berterusan dari aspek pengetahuan, komunikasi, persekitaran, nilai dan sosial untuk membudayakan dasar kerajaan di sekolah manakala kompetensi skor terendah pengetua pula ialah K6 iaitu pelaksanaan Latihan Dalaman berkaitan dengan KDADPK kepada warga sekolah. Kompetensi skor tertinggi bagi Guru Besar menyebarluaskan dasar kerajaan dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah ialah K12 iaitu membentuk persekitaran dan K13 iaitu membina jaringan dan jalinan (Domain Etos). Ini bermakna guru besar berkeupayaan membentuk persekitaran fizikal yang kondusif bagi mengurus pelaksanaan dasar kerajaan (K12) dan berkeupayaan bekerjasama secara kolaboratif dengan memanfaatkan hubungan baik dengan pelbagai pihak untuk pembangunan organisasi (K13). Manakala kompetensi skor terendah guru besar ialah K10 iaitu membangun kapasiti warga sekolah (Domain Pemantauan dan Penilaian) dalam penyebarluasan dasar kerajaan dan pelaksanaan program di sekolah. Semasa sesi bimbingan FUFT, PGB dibimbing oleh pensyarah pembimbing untuk merancang aktiviti penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi merapatkan jurang skor Instrumen FUFT KDADPK.} }