relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/1473/ title: Strategi kepimpinan Pengetua Cemerlang di sekolah: satu kajian kes creator: Marham, Marsilah Anum creator: Zaini, Norhuda subject: L Education (General) description: Strategi kepimpinan merupakan perkara penting dalam mentadbir, meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sesebuah sekolah. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meneroka pengalaman seorang Pengetua Cemerlang bagi mengenalpasti strategi kepimpinan yang digunakan dalam menerajui sekolah yang baharu ditugaskan kepadanya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual semi struktur. Seramai empat orang partisipan yang terdiri daripada seorang Pengetua Cemerlang dan tiga orang kumpulan pengurusan sekolah telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan partisipan adalah menggunakan pendekatan persampelan bertujuan (purposive sampling). Data dianalisis secara analisis tematik menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati Pengetua Cemerlang mempunyai pengalaman dan cara tersendiri untuk menerajui sekolah yang baharu diberikan padanya serta bagaimana gaya kepimpinan dapat membantu beliau menyesuaikan diri dengan organisasi baharu yang diterajuinya. date: 2023-12-01 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/1473/1/01_17_Marsilah%2B%26%2BNorhuda_Kepimpinan%2BPengetua.pdf identifier: Marham, Marsilah Anum and Zaini, Norhuda (2023) Strategi kepimpinan Pengetua Cemerlang di sekolah: satu kajian kes. Global Journal of Education Research & Management (GERMANE), 3 (4). pp. 1-17. ISSN e-ISSN 2805-4695 relation: https://jurnal.nun-g.com/index.php/germane/article/view/21