TY - JOUR SP - 1 KW - Pengetua Cemerlang KW - strategi kepimpinan. IS - 4 AV - public TI - Strategi kepimpinan Pengetua Cemerlang di sekolah: satu kajian kes JF - Global Journal of Education Research & Management (GERMANE) UR - https://jurnal.nun-g.com/index.php/germane/article/view/21 ID - iab_repo1473 SN - e-ISSN 2805-4695 EP - 17 VL - 3 A1 - Marham, Marsilah Anum A1 - Zaini, Norhuda N2 - Strategi kepimpinan merupakan perkara penting dalam mentadbir, meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sesebuah sekolah. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meneroka pengalaman seorang Pengetua Cemerlang bagi mengenalpasti strategi kepimpinan yang digunakan dalam menerajui sekolah yang baharu ditugaskan kepadanya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual semi struktur. Seramai empat orang partisipan yang terdiri daripada seorang Pengetua Cemerlang dan tiga orang kumpulan pengurusan sekolah telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan partisipan adalah menggunakan pendekatan persampelan bertujuan (purposive sampling). Data dianalisis secara analisis tematik menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati Pengetua Cemerlang mempunyai pengalaman dan cara tersendiri untuk menerajui sekolah yang baharu diberikan padanya serta bagaimana gaya kepimpinan dapat membantu beliau menyesuaikan diri dengan organisasi baharu yang diterajuinya. Y1 - 2023/12/01/ ER -