TY - JOUR SP - 26 KW - Kepimpinan Transformasi KW - Kepuasan Kerja KW - Guru Bimbingan dan Kaunseling IS - 4 AV - public TI - Amalan kepimpinan transformasi Pengetua dan implikasinya terhadap kepuasan kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia JF - Global Journal of Education Research & Management (GERMANE) ID - iab_repo1475 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1475/ SN - e-ISSN 2805-4695 EP - 33 VL - 3 A1 - Subrumanian, Indran A1 - R. Shunmugam, Ratnadevi N2 - Kepimpinan transformasi pengetua memainkan peranan penting dalam menggerakkan guru bimbingan dan kaunseling untuk menghadapi perubahan yang berlaku dalam organisasi. Bidang tugas dan suasana persekitaran guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang semakin rencam dan kompleks memberi impak kepada kepuasan kerja mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling. Pemboleh ubah kepimpinan transformasi pengetua melibatkan empat dimensi iaitu karisma, merangsang intelek, bertimbang rasa secara individu dan motivasi inspirasi manakala kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling melibatkan enam dimensi iaitu fisiologi, keselamatan, hubungan, fasiliti, kebajikan dan kewangan. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan sampel seramai 122 orang guru bimbingan dan kaunseling yang dipilih secara rawak. Analisis data dilaksanakan menggunakan SPSS Versi 26 yang melibatkan korelasi pearson. Analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif secara kesignifikan kepimpinan transformasi pengetua dengan dimensi kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling iaitu fisiologi, keselamatan, hubungan, kebajikan dan kewangan kecuali dimensi fasiliti. Implikasi kajian menunjukkan kepimpinan transformasi pengetua dapat meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling dan menambah baik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti di sekolah. Y1 - 2023/12/03/ ER -