%D 2023 %A Wan Zaliha Wan Othman %A Tuan Zahrah Tuan Mat %X Risiko Pemimpin Pendidikan Tanpa Kemahiran Kepimpinan Instruksional memperkatakan tentang perkara yang akan berlaku sekiranya Pemimpin Pendidikan tidak memiliki kemahiran tersebut. Kemahiran kepimpinan instruksional penting untuk membolehkan seseorang pentadbir di institusi masing-masing mengendalikan masa instruksional secara terancang. Pengendalian masa instruksional yang tidak cekap akan mendatangkan risiko kepada Pemimpin Pendidikan. Risiko merupakan sesuatu yang tidak dijangka yang berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Bagi Pemimpin Pendidikan, mereka seharusnya mengetahui pelbagai cara untuk mengelakkan berlakunya risiko. Salah satunya mereka perlu memiliki ilmu-ilmu mentadbir instruksional di sekolah. Pencapaian matlamat dalam mengendalikan organisasi bergantung kepada kebijaksanaan pengurus untuk melihat risiko yang akan berlaku pada masa hadapan. Pelbagai risiko yang dihadapi seperti sukar mencapai visi dan misi organisasi/sekolah sama ada untuk membuat perubahan ataupun melaksanakan program. Risiko yang lain termasuklah elemen ketidakpercayaan kepada pentadbir yang tidak memiliki kemahiran kepimpinan instruksional kerana pemimpin yang tidak pandai mentadbir sukar untuk mendapatkan sokongan dalam kumpulan. Begitu juga risiko Pemimpin Pendidikan mungkin menghadapi kesukaran untuk mengubah budaya yang telah biasa diamalkan jika pentadbir sendiri masih lagi mengikut cara kepimpinan intruksional yang lama dan tidak mahu menerima pendekatan-pendakatan yang baharu. %K Risiko, kepimpinan instruksional, Pemimpin Pendidikan, kemahiran %T Risiko pemimpin pendidikan tanpa kemahiran kepimpinan instruksional %N 4 %L iab_repo1476 %V 3 %J Global Journal of Education Research & Management (GERMANE) %P 48-54