eprintid: 1479 rev_number: 7 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/14/79 datestamp: 2023-12-13 07:31:43 lastmod: 2023-12-13 07:31:43 status_changed: 2023-12-13 07:31:43 type: article metadata_visibility: show creators_name: Samichan, Aziah creators_name: Yunus, Jamal@Nordin creators_name: Awang, Marinah creators_name: Yusof, Mat Rahimi creators_name: Beram, Sukor creators_name: Syariff M. Fuad, Dayang Rafidah creators_id: azisamichan@gmail.com, creators_id: jamal@fpe.upsi.edu.my creators_id: mrahimiy@uum.edu.my creators_id: shukor.beram@kmpk.matrik.edu.my title: Melestarikan kepimpinan instruksional di Malaysia: satu analisis keperluan ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPS full_text_status: public keywords: Kepimpinan instruksional, kelestarian kepimpinan, model watan abstract: Kepimpinan instruksional bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan pemimpin sekolah di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut menyarankan agar pemimpin sekolah bertindak sebagai pemimpin instruksional. Hal ini jelas membuktikan bahawa kepimpinan instruksional sangat signifikan terhadap kejayaan akademik pelajar. Namun timbul persoalan apakah kepimpinan instruksional di Malaysia masih relevan setelah menjangkau empat dekad. Keadaan ini semakin serius akibat kerencaman sistem pendidikan masa kini kesan ledakan revolusi industri 4.0 (IR 4.0), seterusnya memberi isyarat bahawa kepimpinan ini wajar diteliti semula. Pada masa yang sama, model kepimpinan instruksional yang dirujuk kebanyakannya berdasarkan model yang dipelopori oleh sarjana Barat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka keperluan membangunkan satu model kepimpinan instruksional bercirikan budaya Malaysia bagi memastikan kelestariannya mendepani cabaran akan datang. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini telah menggunakan soal selidik melibatkan seramai 370 orang bakal pemimpin sekolah yang sedang mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 28.0. Tafsiran data adalah berdasarkan peratusan, nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persetujuan terhadap keperluan untuk membangunkan satu model kepimpinan instruksional mengikut acuan Malaysia adalah tinggi iaitu nilai purata min keseluruhan adalah 4.3892 manakala sisihan piawai ialah 0.78942. Berdasarkan dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan satu model watan kepimpinan instruksional. Oleh yang demikian, kajian ini telah berjaya mengembangkan teori kepimpinan instruksional sedia ada disamping menambahkan lagi sumber rujukan kepada pemimpin pendidikan di Malaysia. date: 2023-09-28 date_type: published publication: Global Journal of Education Research & Management (GERMANE) volume: 3 number: 3 pagerange: 76-89 refereed: TRUE issn: e-ISSN 2805-4695 citation: Samichan, Aziah and Yunus, Jamal@Nordin and Awang, Marinah and Yusof, Mat Rahimi and Beram, Sukor and Syariff M. Fuad, Dayang Rafidah (2023) Melestarikan kepimpinan instruksional di Malaysia: satu analisis keperluan. Global Journal of Education Research & Management (GERMANE), 3 (3). pp. 76-89. ISSN e-ISSN 2805-4695 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/1479/1/76_89_Aziah%2BSamichan%2Bet%2Bal_Kepimpinan%2BInstruksional.pdf